• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Pemantapan Perkahwinan > Keluarga Komuter Kesan Terhadap Institusi Keluarga Dan Cara Menanganinya

Keluarga Komuter Kesan Terhadap Institusi Keluarga Dan Cara Menanganinya

 3 kongsi |  1796 lihat

Foto kredit: https://www.freepik.com
 
DEFINISI
Keluarga komuter dirujuk kepada lelaki dan wanita dalam perkahwinan dwi-kerjaya yang ingin kekal dalam perkahwinan, tetapi juga secara sukarela memilih untuk meneruskan kerjaya yang mereka rasa komitmen yang kuat. Mereka membeli/menyewa rumah berasingan supaya mereka boleh berbuat demikian. (Rhodes, 2002).
 
Keluarga Komuter turut dikenali sebagai Keluarga Hujung Minggu. Pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan dan mengekalkan dua kediaman dalam lokasi geografi berbeza, biasanya disebabkan tuntutan kerjaya. Keluarga komuter hanya dapat bersama apabila hujung minggu atau semasa bercuti.

PERKARA MENDORONG KEPADA WUJUD KELUARGA KOMUTER?

Faktor Ekonomi
  • Pasangan suami isteri terpaksa tinggal berjauhan disebabkan jarak tempat kerja yang berbeza. Kedua-dua pasangan terpaksa bekerja untuk menampung kos sara hidup dan simpanan untuk jaminan masa depan keluarga.
 
Faktor Sokongan Sosial
  • Sesetengah pasangan suami isteri terpaksa mengorbankan masa untuk tinggal bersama demi untuk memenuhi tuntutan sokongan sosial lain yang lebih diberi keutamaan. Sebagai contoh, isteri mengambil masa yang panjang balik ke kampung halaman untuk menjaga orang tua yang uzur. Keadaan ini memaksa suami terpaksa ditinggalkan bersama anak-anak di tempat tinggal berdekatan tempat kerja.
 
IMPAK POSITIF
 
  • Perubahan cara hidup kearah positif - berjauhan juga boleh menyebabkan perasaan sayang antara satu sama lain menjadi lebih kukuh dan membawa beberapa kebaikan lain seperti membuatkan individu itu lebih berdikari, tabah dan menghargai setiap detik yang ada terutama apabila dapat berkumpul bersamaserta sebagainya.
     
  • Masa kerja yang fleksibel dan berkualiti. Pasangan Keluarga Komuter boleh menumpukan lebih sepenuhnya kepada kerjaya dalam tempoh hari bekerja iaitu hari Isnin sehingga Jumaat bagi sektor kerajaan. Biasa kakitangan keluarga komuter tidak mempunyai masalah untuk balik lewat bagi menyiapkan kerja di pejabat kerana tiada komitmen keluarga selepas waktu pejabat.
     
  • Tumpuan kepada kerjaya yang lebih disebabkan masalah kewangan terutama bagi menampung kos minyak dan penyelenggaraan kereta yang tinggi kerana kerap berulang alik ke tempat yang jauh. Kakitangan keluarga komuter mempunyai kesediaan untuk bekerja lebih masa kerana mereka memerlukan tambahan pendapatan dan mempunyai komitmen masa ditempat kerja.
 
IMPAK NEGATIF
 
  • Masalah Kewangan - Pasangan terpaksa menanggung kos yang tinggi terutama bagi menampung kos minyak dan penyelenggaraan kereta kerana sering berulang alik antara dua destinasi. Selain itu pasangan Keluarga Komuter juga berdepan dengan pembahagian kos sara hidup termasuk kos sewaan rumah berasingan, perbelanjaan dapur dan kos utiliti.
     
  • Berhenti kerja merupakan salah satu keputusan yang sering diambil bagi menyelesaikan masalah tinggal berjauhan. Selalunya pengorbanan dilakukan oleh golongan wanita yang bekerja kerana dilihat lebih sesuai untuk tanggungjawab penjagaan penjagaan anak-anak dan menguruskan kerja dirumah.
     
  • Faktor Keselamatan – Pasangan keluarga komuter terdedah dengan kemalangan dalam perjalanan kerana sering berulang alik antara dua destinasi. Faktor keletihan memandu di jalanraya disebabkan kekerapan perjalanan serta kepenatan setelah menyempurnakan tanggungjawab di tempat kerja dan rumah. Keselamatan tinggal bersendirian terutamanya kepada isteri dan anak-anak tanpa suami juga menjadi faktor kejadian kes jenayah.
     
  • Pasangan Keluarga Komuter banyak menghabiskan masa dalam perjalanan antara dua destinasi keluarga dan tempat kerja. Sebagai contoh, isteri menetap di Johor Baharu manakala suami di Kangar, Perlis masa perjalanannya adalah sekitar 8 hingga 9 jam melalui jalan darat.
     
  • Pasangan Keluarga Komuter menghadapi masalah dalam sistem sokongan sosial. Anak-anak tidak selalu berpeluang merasai saat mesra seperti keluarga lain yang mana ibu bapanya sentiasa ada bersama setiap masa. Keadaan ini boleh menjejaskan emosi anak-anak terutamanya berlaku masalah dari segi kesihatan dan gangguan mental anak-anak itu sendiri. Terdapat kes yang pernah dihadapi menggambarkan bertapa sukar bagi seorang ibu yang terpaksa menganggung masalah bersendirian apabila berlaku kes kecemasan yang memerlukan anak-anak untuk dibawa ke hospital.
     
  • Ketidakstabilan emosi & kesunyian dihadapi oleh pasangan suami isteri Keluarga Komuter. Suami atau isteri akan merindui anak-anak apabila apabila mempunyai banyak masa terluang dan setelah lama tidak berjumpa. Sehingga ada sestengah suami pernah mengaku, disebabkan kesunyian dan keseorangan pernah terfikir untuk mencari pasangan lain.

TINDAKAN UNTUK MENANGANI
 
  • Sentiasa mendahulukan anak-anak dan keluarga - apabila berjauhan sebaik-baiknya pasangan perlu mengelakkan perkara negatif dan sentiasa mendahulukan anak dalam setiap perkara serta keputusan dibuat. Selain itu pasangan harus fikirkan dalam situasi dihadapi, kedua-duanya berkorban dan perlu mainkan peranan serta tanggungjawab masing-masing.
     
  • Menggunakan sepenuhnya kecanggihan alat komunikasi sedia ada dengan betul. Pelbagai teknologi komunikasi termasuk media sosial untuk berhubung dengan pasangan yang jauh. Selain berhubung melalui pesanan suara dan pesanan ringkas, pada masa ini kemudahan untuk behubung melalui video turut diwujudkan. Untuk memantau keselamatan keluarga yang jauh, beberapa perisian dicipta dan boleh di akses melalui telefon bimbit bagi mengetahui dimana dan apa yang sedang dilakukan oleh ahli keluarga yang jauh.
     
  • Tidak dinafikan ada pasangan menjadi kurang percaya sejak hidup berjauhan. Keadaan telah memaksa pasangan saling curiga mencugai satu sama lain. Bagi mengelakkan tekanan kepada pasangan, sikap saling percaya dan yakin kepada pasangan adalah amat penting. Pasangan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa berusaha mengelakkan ketegangan yang boleh memburukkan lagi keadaan hidup berjauhan.
     
  • Pengurusan masa adalah amat penting. Pasangan perlu menggunakan masa yang terluang dengan melakukan benda yang berfaedah kepada keluarga. Gunakan masa yang terluang untuk menghubungi keluarga, membuat perancangan kewangan dan mengkaji balik cara mendidik anak. Perancangan pengurusan masa juga amat penting kerana waktu bersama adalah amat terhad.
     
  • Dalam usaha membantu pasangan keluarga komuter, pihak kerajaan perlu merangka polisi dan dasar bagi meringankan masalah yang dihadapi. Bantuan dalam bentuk insentif tambang dan minyak, polisi waktu kerja anjal, amalan bekerja dari rumah dan sebagainya contohnya adalah sesuatu perkara yang perlu difikirkan bersama. Perkara ini penting dalam mewujudkan warga kerja yang berkualiti dengan persekitaran mesra keluarga yang seterusnya melahirkan keluarga bahagiadan masyarakat sejahtera.


Penilaian bacaan
 5
100.00%
 4
0.00%
 3
0.00%
 2
0.00%
 1
0.00%

Maklumat Pengarang