• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Pemantapan Perkahwinan > Rangsang Minda Positif

Rangsang Minda Positif

 0 kongsi |  350 lihat

Foto kredit: https://www.pexels.com
 
Ilmu kehidupan berumahtangga yang sejati tidak hanya diperolehi menerusi pembelajaran, kuliah, ceramah dan kursus pra  perkahwinan. Kebanyakannya ilmu ini dicedok menerusi ‘kelas kehidupan’. Pengalaman yang panjang dalam ‘kelas kehidupan’ ini menawarkan lebih banyak pembelajaran berguna dan praktikal berbanding mana-mana program pendidikan sedia ada. Namun , menghadiri kelas-kelas kekeluargaan usah dikesampingkan mentah-mentah kerana di situ ada juga hikmah yang besar sebagai panduan menyelusiri lautan dan ombak kehidupan berkeluarga.
 
Sesetengah individu menyangka, nikmat kebahagiaan berumahtangga hanya bergantung kepada nasib semata-mata. Pasangan yang bernasib baik akan mengecapinya dan yang tidak bernasib baik akan menderita.
 
Namun secara realitinya setiap individu dan pasangannya berpeluang membuat pilihan dalam kehidupannya. Kebahagiaan atau penderitaan dalam perkahwinan adalah satu PILIHAN. Jika pasangan itu MEMILIH untuk bahagia, sudahpasti tindakan mereka perlu selari dan berfokuskan kepada matlamat kebahagiaan.
 
Bahagia atau derita, kedua-duanya bermula dari  minda yang positif dan fizikal yang cergas. Melalui minda yang positif akan merangsang tutur kata yang harmoni dan tindakan yang baik.
 
Konsep penerimaan tanpa syarat terhadap pasangan perlu  terlebih dahulu mendasari perkahwinan. Setelah itu, jika ada sesuatu yang perlu diperbaiki, murnikanlah dengan penuh berhemah dan berhikmah. Sudah pasti bahagia akan kita nikmati.
 
Sebagai contoh, apabila kita diserang dengan pelbagai fikiran buruk yang boleh memperkecilkan diri dan pasangan. Minda yang positif akan cepat-cepat menolak idea yang negative itu sambal minda positif akan menghantar fikiran- fikiran dan kenangan baik yang ada pada diri dan pasangan.
 
Dengan minda yang positif mendominasi diri, kita dan pasangan mampu menangani setiap cabaran dengan lebih baik. Tiada lagi aura-aura duka, pilu dan perselisihan yang berpanjangan. Malahan kuasa minda positif mampu menghibur, menceriakan dan akan wujud suasana saling lengkap melengkapi antara diri dan pasangan.
 
Sewaktu bergaul dengan pasangan dan ahli keluarga, kita tidak mudah memancarkan mood yang tidak enak dan persepsi hidup yang suram. Sebaliknya setiap situasi dan peristiwa yang berlaku disekeliling diamati dengan sikap yang cemerlang.
 
Yakinlah, setiap dari kita punya pilihan dan boleh mencipta kebahagiaan hidup berkeluarga. Permulaannya, RANGSANGLAH MINDA POSITIF, PASTI SYURGA DUNIA AKAN KITA NIKMATI. Ayuh! Apa tunggu lagi? Rangsanglah minda positif anda. Pasti bahagia milik kita.


Penilaian bacaan
 5
0%
 4
0%
 3
0%
 2
0%
 1
0%