• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Keibubapaan Kreatif > Yang Mana Satu Pilihan - Keluarga Kecil Atau Besar

Yang Mana Satu Pilihan - Keluarga Kecil Atau Besar

 3 kongsi |  4330 lihat

Foto kredit: https://keluargabahagia.my
 
Dalam arus modenisasi kini, banyak pasangan yang merancang untuk mengehadkan bilangan ahli keluarga mereka. Antara faktor yang mendorong mereka merancang keluarga adalah berkahwin di usia lewat dan peningkatan kos sara hidup kini. Walau bagaimanapun, masih ada juga pasangan yang inginkan ramai anak, ibarat kata pepatah `the more the merrier'. Tidak kiralah jika anda mempunyai keluarga kecil atau keluarga besar, kebahagiaan sesebuah keluarga tidak boleh dihitung mengikut bilangan ahli dalam keluarga tersebut.

Keluarga adalah suatu institusi manusia universal yang mengandungi satu kumpulan ahli yang berstruktur dengan fungsi khusus untuk mensosialisasikan kanak-kanak yang baru dilahirkan (Reiss, 1980).

Terdapat dua jenis keluarga, iaitu keluarga nuklear dan keluarga kembangan. Keluarga nuklear terdiri daripada sepasang suami isteri dan anak-anaknya. Keluarga kembangan pula terdiri daripada beberapa pasangan orang dewasa dan anak-anak mereka. Sebahagian besar masyarakat moden hari ini terdiri daripada keluarga nuklear. Kajian Strategik Populasi pada tahun 2009 mendapati bahawa 70% daripada keluarga Malaysia adalah keluarga nuklear. Secara amnya dalam masyarakat, keluarga perlu memenuhi beberapa fungsi asas, iaitu perkembangan zuriat, sosialisasi, sokongan emosi dan status sosial.

Untuk sesebuah masyarakat itu berkembang, ahlinya perlu melahirkan zuriat untuk menggantikan orang dewasa dan warga emas yang meninggal. Namun, bagi menghasilkan sebuah keluarga yang berkualiti, aspek-aspek sosialisasi, sokongan emosi dan status sosial perlu dititikberatkan juga. Dalam erti kata lain, sesebuah keluarga itu perlu dirancang dan disusun dengan baik untuk memenuhi fungsi-fungsi asasnya.

Rancang keluarga
Amalan perancang keluarga amat membantu dalam menentukan jarak kelahiran antara anak yang sesuai (sekurang-kurangnya selang 2 tahun di antara dua kelahiran) dan saiz bilangan anak yang sesuai bagi sesebuah keluarga, memandangkan trend struktur keluarga pada masa kini adalah keluarga nuklear.


Amalan perancang keluarga juga dapat mengelakkan kehamilan dalam kalangan wanita yang berisiko tinggi, iaitu wanita-wanita dengan masalah kesihatan serius atau penyakit keturunan yang serius. Wanita sering dinasihatkan untuk mengelakkan kehamilan pada usia terlalu muda (remaja), usia lanjut (melebihi 45 tahun), kehamilan yang terlalu rapat (kurang dari 2 tahun) dan terlalu ramai (6 orang atau lebih). Dari segi agama Islam juga, menyusun keluarga dari segi kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga dengan cara yang lain daripada pemandulan kekal adalah harus  (sumber: Portal Rasmi Fatwa Malaysia, JAKIM www.e-fatwa.gov.my)

Mengapa perlu merancang?

Di Malaysia, Program Perancang Keluarga Kebangsaan telah dimulakan sejak tahun 1967. Perkhidmatan Perancang Keluarga boleh didapati di 58 buah Klinik Nur Sejahtera di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), klinik-klinik dan hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia serta klinik-klinik di bawah Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia.

Perkhidmatan Perancang Keluarga turut ditawarkan oleh klinik-klinik dan hospital-hospital swasta serta klinik-klinik di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia.

Amalan perancang keluarga mempunyai banyak manfaat, antaranya:

1. Kesihatan wanita
Amalan Perancangan Keluarga dapat mengurangkan kadar kematian ibu sebanyak 75% (Millennium Development Goal 5, 2015 dan mengurangkan kadar morbiditi dalam kalangan wanita berisiko tinggi. Analisa Laporan Kematian Ibu dari Kementerian Kesihatan Malaysia manunjukkan bahawa 60% (Zarinah,2011) daripada ibu yang meninggal dunia tidak mengamalkan perancang keluarga.

2. Kesihatan kanak-kanak
Amalan Perancang Keluarga dapat mengelakkan kematian dalam kalangan kanak-kanak berumur kurang dad 5 tahun dan mengurangkan kadar kematian dalam kalangan bayi baru lahir sebanyak 52% (Millennium Development Goal 5, 2015). Tambahan pula, menjarakkan kelahiran selama 2 tahun atau lebih dapat mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan bayi kurang berat semasa lahir.

3.Kesihatan keluarga dan masyarakat
Amalan Perancang Keluarga dapat membentuk keluarga yang terancang dan sihat. Ini seterusnya berupaya membantu mengurangkan bebanan ekonomi dan emosi ibu bapa.

4. Populasi dan negara secara keseluruhan
Kajian yang dijalankan di Institut Guttrnacher, Amerika Syarikat menunjukkan bahawa wang yang dilaburkan dalam perkhidmatan perancang keluarga telah menjimatkan kos penjagaan kesihatan ibu dan bayi.

Terdapat pelbagai kaedah perancang keluarga moden yang terbukti berkesan dan selamat, iaitu kaedah halangan seperti kondom lelaki don wanita; kaedah berhormon seperti pil perancang, kaedah suntikan, kaedah implan, gegelang faraj, kaedah tampalan dan alat dalam rahim berhormon serta kaedah alat dalam rahim berkuprurn. Kesemua kaedah ini adalah kaedah yang bersifat tidak kekal dan bertujuan untuk menjarakkan kelahiran. Kaedah kekal pula adalah kaedah pemandulan (sterilisasi) wanita dan lelaki.

Besar atau kecil sesebuah keluarga itu bergantung kepada kemampuan dan keinginan pasangan suami isteri. Apa yang penting adalah keluarga itu sepatutnya berupaya memenuhi fungsi-fungsi asasnya tanpa membebankan mana-mana pihak. Pendek kata, apa yang lebih panting adalah kualiti sesebuah keluarga, bukan kuantitinya. Akhir kata, anak merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai dan keluarga yang bahagia harus menjadi impian setiap pasangan yang telah berkahwin.

Untuk keterangan lebih lanjut tentang kaedah perancang keluarga, sila hubungi Klinik LPPKN (Nur Sejahtera) yang berhamPiran atau layari laman web LPPKN di www.Ippkn•gov.my

 


Penilaian bacaan
 5
0%
 4
0%
 3
0%
 2
0%
 1
0%