Puisi Bahtera Bahagia
3 kongsi | 2896 lihat
Foto kredit: https://www.freepik.com
Hidup berkeluarga satu anugerah,
Terpikul tanggungjawab serta amanah,
Andai tersasar kaki melangkah,
Jiwa merana hidup musnah...
Usah dihamparkan hanya kemewahan,
Dibuai kesesatan tanpa haluan,
Curahkan mahabbah dalam didikan,
Mencorak insan berakhlak dan berpengetahuan...
Dikala bahtera dipukul gelora lautan,
Jangan dibiarkan hanyut tiada ketepian,
Campakkan keegoan dalam lautan kesabaran,
Layarkan kemaafan dalam kemarahan,
Resam hidup menguji kehidupan,
Pasti menanti kebaikan yang diharapkan...
Kepadamu aku harapkan,
Menjadi sahabat tika mendewasakan,
Menjadi kawan tika di jalanan,
Menjadi penawar tika kesedihan,
Menjadi peneman tika kesunyian,
Memberi penunjuk haluan tika kebuntuan,
Memberi teguran tika kekhilafan..
Aku berdoa dan berserah pada Tuhan,
Agar mahligai yang dibina tetap berkekalan,
Biar mendatang cabaran dan dugaan,
Biar ombak badai yang mendatang,
Bahtera bahagia tetap aku layarkan..
Artikel yang berkaitan
Maklumat Pengarang
Wan Nur Azlina Bt W.Abd.Rahman (Pegawai Penerangan, LPPKN P.Pinang)nurazlina@lppkn.gov.my