Antara Hak & Tanggungjawab : Membimbing Anak Bertanggungjawab
3 kongsi | 2430 lihat
Foto kredit: https://www.freepik.com
Seorang sahabat berkongsi cerita mengenai anaknya yang suka mengambil barang yang bukan milik dia. Apabila ditanya kenapa dia mengambil barang orang, dia akan menyatakan sama ada terambil, terlupa hendak memulangkannya, kawan beri atau barang itu kepunyaannya. Bagaimana caranya untu menangani tabiat anak ini?
Kongsi Data:
Sumber 30% Keseluruhan Data Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) mendapati 58.9% responden wanita dan 57.9% responden lelaki yang ditemuramah menerapkan nilai ini dalam diri anak-anak.
Mungkin perkara begini pernah dihadapi den anda semua. Episod pada bulan ini saya ingin mengajak anda semua berbicara mengenai persoalan antara hak dan tanggungjawab, susulan penulisan sebelum ini yang membincangkan berkenaan cara gaya keibubapaan.
Secara mudahnya, 'hak' dapat didefinisikan sebagai milik setiap individu. Setiap ahli keluarga mempunyai hak mereka sendiri sebagai contoh hak kanak-kanak mendapat pendidikan, perlindungan, kasih sayang dan penjagaan, keselamatan dan perkembangan. Manakala, 'tanggungjawab' adalah sesuatu yang mesti dilaksanakan sebagai contoh tanggungjawab anak untuk menghormati kedua ibu bapa.
"Wahl Berat betul nak faham ni" ujar sahabat semasa membicarakan perkara bukan mudah difahami, tetapi mudah untuk menjadi ibu bapa," ujar saya semula. Menjadi seorang ibu dan bapa adalah anugerah daripada Maha Esa. Dia berikan kita pakej sekali iaitu amanah dan juga dijanjikan rezeki untuk kita.
Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan tadi iaitu perilaku anak yang suka mengambil barangan orang. Dalam hal ini, amat jelas bahawa mengambil sesuatu yang bukan 'hak' kita adalah satu kesalahan dan sebagai ibu bapa menjadi `tanggungjawab' untuk menegur perbuatan anak kita agar ianya tidak menjadi kebiasaan.
Anak-anak yang suka mengambil barangan orang mempunyai ciri-ciri impulsif. Impulsif bererti seseorang yang mempunyai dorongan yang kuat untuk mempunyai sesuatu. Saat keinginan itu memuncak, dia harus mendapatkannya dengan segera. Jangan memarahi anak kita semberono, tegurlah dengan cara yang lebih berhemah. Berikut ingin saya kongsikan tips kepada ibu bapa apabila berhadapan situasi sebegini.
1. Galakan
Galakkan anak memina izin setiap kali ingin menggunakan atau meminja barangan yang bukan milik mereka. Pujian adalah hadiah paling bermakna untuk anak-anak. Contoh, "Pandainya anak mama ni.."
2. Penjelasan
Sebagai ibu bapa adalah menjadi tanggungjawab untuk memberi penjelasan kepada anak-anak. Jelaskan kepada mereka perbezaan antara meminjam dan mengambil barangan prang lain tanpa kebenaran. Sebagai contoh, "Jika adik meminjam, beritahu tuannya dahulu dan adik tidak boleh ambil terus. Barangan ini perlu dikembalikan semula kepada tuannya. Kalau adik ambil terus barangan ini, Allah marah. Cuba kalau orang ambil terus barang adik, apa adik rasa?"
3. Bahasa Mudah
Gunakan bahasa-bahasa mudah yang sesuai mengikut umur anak-anak kita. Kanak-kanak lebih mudah belajar dengan menggunakan deria penglihatan dan melihat perbuatan. Masa inilah ibu bapa boleh keluarkan bakat terpendam dengan menunjukkan lakonan situasi kepada anakanak. Lebih seronok jika libatkan semua anggota keluarga. Cubalah, mesti anda ketawa dan gembira. Seronoknya menjadi ibu bapa kreatif.
4. Elakkan Memukul dan Marah
Perkara ini sangat penting, elakkan memukul, meleter, memalukan atau memarahi anak-anak bila mereka melakukan kesalahan terutamanya di hadapan orang ramai. Teknik yang sebaiknya, panggil anak anda dengan panggilan nama penuh contoh "Fatihah Insyirah, sini sekejap mama/ abah nak cakap sedikit." Tegur anak anda dengan sedikit belaian kasih sayang seperti pelukan dan melihat mata anak anda. Kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka. Pukulan kepada anak-anak sekecil usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan usia mereka. (Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di Universal Duke, Amerika Syarikat).
5. Konsisten dan tegas
Konsisten dalam perbetulkan perbuatan salah laku anak-anak. Sebagai ibu bapa kesabaran dan usaha sangat perlu dalam diri anda. Jangan mudah putus asa kerana Allah tidak pernah berputus asa dengan kita. Dalam mendisiplinkan anak-anak, ibu-bapa perlu memberi teguran yang konsisten. Sekiranya mereka melakukan kesalahan maka perlu diberi teguran. Ketegasan ibu bapa diperlukan dan anak-anak perlu diberitahu bahawa teguran hanya pada tingkah laku mereka dan bukan pada diri mereka
Setelah mendengar penjelasan ini, sahabat saya tunduk dan terdiam. Saya bertanya kenapa beliau diam. "Saya selalu marah dan menengking anak saya jika dia ambil barang orang, depan orang ramai pula tu," ujar sahabat saya.
Kita adalah manusia biasa yang tidak dapat lari darlpada melakukan kesilapan dan tidak terlambat untuk kita berubah dan memperbaikinya. Tidak hilang maruah sebagai seorang ibu atau bapa jika kita meminta maaf kepada anak-anak malah kita akan lebih disayangi dan dihormati.
Sokongan dari ibu bapa akan dapat membantu anak-anak mencapai potensi mereka sepenuhnya dan membentuk peribadi mereka apabila dewasa. Adalah mudah untuk mengenal pasti keperluan fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga keperluan emosi. Kita akan bincangkan berkenaan perkara ini di masa akan datang. Akhir kata, anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai tingginya, peliharalah is dengan penuh kasih sayang. Litamakan Keluarga "KASIH Keluarga Bahagia". #sayasayangkeluargasaya