• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Keibubapaan Kreatif > Dilema Ibu Bapa

Dilema Ibu Bapa

 0 kongsi |  2372 lihat

Foto kredit: http://keluargabahagia.my

Anak merupakan anugerah terindah buat setiap pasangan yang telah berkahwin. Kehadiran anak membuatkan sesebuah rumahtangga menjadi lebih utuh dan bahagia. Namun begitu, bagi pasangan yang pertama kali menjadi ibu bapa, pasti akan menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan diri terhadap peranan baru ini.
  
Antara kekangan yang sering berlaku adalah dalam bentuk kewangan, masa dan tenaga yang perlu diberikan perhatian. Mungkin ada yang berpendapat, masalah ini boleh diselesaikan jika isteri tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.
 
Tetapi, taraf hidup masa kini terutamanya di bandar metropolitan membuatkan pasangan suami isteri tidak mempunyai pilihan lain bagi menampung ekonomi keluarga melainkan kedua-dua mereka terpaksa keluar bekerja demi kelangsungan hidup.
 
Keadaan ini sedikit sebanyak menjejaskan dan menghadkan masa untuk ibu bapa bersosialisasi bersama anak. Tidak kurang juga, ramai suami zaman sekarang yang mengambil kesempatan terhadap isteri yang berkerjaya di mana mereka tidak memberi nafkah dan tidak mengambil tanggungjawab untuk mendidik anak malah menyerahkan tugas tersebut sepenuhnya kepada pihak sekolah dan orang gaji di rumah.
 
Ada juga ibu bapa yang mengambil jalan mudah dengan menghantar anak mereka ke sekolah berasrama. Bukanlah sekolah asrama itu satu pilihan yang tidak baik, tetapi persoalannya, adakah anak tersebut dapat beradaptasi dan menerima segala pengaruh persekitarannya dengan positif? Ini kerana kanak-kanak berusia 7-14 tahun amat suka mengikut apa sahaja yang mereka lihat, pandang dan rasa.

Ibu bapa pada hari ini seharusnya lebih peka kepada keadaan sekeliling yang kian berubah terutamanya dari aspek perkembangan teknologi. Kanak-kanak pada zaman siber ini bebas bermain smart phone, tab dan komputer riba dengan aplikasi yang pelbagai seperti Facebook, Whats App, We Chat, LINE, Bee Talk dan seangkatan dengannya. Maka di sini sudah wujud satu bentuk pengaruh rakan sebaya walaupun mereka tidak berjumpa secara fizikal.

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak remaja yang sering bersikap biadap, cuba imbas kembali bagaimanakah sikap kita ketika mengandungkan anak? Apakah makanan yang ibu makan ketika mengandung? Adakah bapa membawa balik ke rumah rezeki dari sumber yang halal? Bagaimana dengan solat serta amal ibadah ibu bapa sepanjang janin berada dalam kandungan? Jika jawapannya banyak kesalahan berpihak kepada ibu bapa, maka hendaklah kita bertaubat dan bermohon kepada Allah supaya anak berubah menjadi anak yang baik dan soleh/ solehah.
 
Kepercayaan diri yang positif akan memberi kekuatan dan begitulah sebaliknya. Tidak salah sekiranya ibu bapa meminta maaf daripada anak jika anak berbuat salah, kerana anak adalah cermin kepada didikan ibu bapa. Mohon maaf di atas kekurangan didikan tidak akan mengurangkan sedikit pun martabat ibu bapa malah anak akan lebih menghargai kerana ibu bapanya bersikap amat terbuka dan berani mengaku kesilapan. Selepas meminta maaf daripada anak, baharulah menerangkan akan kesalahan anak tersebut dan meminta agar dia tidak mengulangi kesilapan yang sama di masa hadapan dan meminta agar dia sama-sama mengikut ibu bapa untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.

Untuk mencapai kebahagiaan keluarga, perkara-perkara berikut perlu diamalkan:
  • Solat lima waktu (Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak)
  • Solat Tahajjud
  • Solat Dhuha
  • Berpuasa (Ramadhan dan puasa sunat)
  • Memuji pasangan dan anak
  • Peluk pasangan dan anak
  • Beri penghargaan dan perhatian kepada pasangan dan anak-anak
  • Jaga batas-batas dan pergaulan
  • Berdoa kepada Allah dan tawakal kepada NYA


Penilaian bacaan
 5
100.00%
 4
0.00%
 3
0.00%
 2
0.00%
 1
0.00%

Maklumat Pengarang