• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Terapi Minda > Pengurusan Relaps

Pengurusan Relaps

 9 kongsi |  3391 lihat

Foto kredit: https://www.freepik.com

Pencegahan Penyakit Berulang

Penagihan adalah kecelaruan relaps yang kronik, oleh itu memastikan pencegahan relaps merupakan salah satu unsur kritikal dalam rawatan efektif bagi penyalahgunaan alkohol dan jenis-jenis dadah lain (AOD). Kajian telah menunjukan 54 peratus seluruh pesakit penyalahangunaan alkohol dan jenis-jenis dadah lain dijangka untuk relaps, dan 61 peratus dari jumlah tersebut akan mengalami  beberapa tempoh relaps.

Adalah menjadi kebiasaan bagi penagih untuk relaps di dalam tempoh sebulan selepas rawatan, dan tidak hairan jika penagih relaps 12 bulan selepas rawatan; 47 peratus akan relaps dalam tempoh tahun pertama rawatan (Simpson, Joe & Lehman 1986). Walaupun relaps adalah simptom penagihan, ia boleh dikawal. Faktor utama dalam mencegah relaps adalah penyesuaian sosial  (Joe et al. 1985a). Kurang penyesuaian sosial oleh pesalahlaku jenayah membuatkan mereka lebih cenderung utuk relaps dan kelakuan berkaitan jenayah.

Metodologi pencegahan relaps adalah kritikal dalam kejayaan rawatan penyalahgunaan bahan terlarang. Bahagian ini akan mengkaji proses relaps, bersama dengan informasi dalam mengenalpasti “tanda-tanda amaran” atau  XXX, dan unsur metodologi dalam rawatan pencegahan relaps.
 
Memahami Relaps

Relaps tidak berlaku dengan sendirinya. Banyak faktor penyumbang serta bukti yang dapat dikenalpasti serta tanda-tanda amaran yang menunjukan seseorang pesakit mungkin dalam keadaan kembali kepada penyalahgunaan bahan terlarang. Relaps dapat difahami bukan sahaja dengan pengembalian sebenar semula kepada bentuk penyalahgunaan bahan terlarang tetapi juga proses semasa yang ditunjukan timbul sebelum penggunaan semula bahan oleh pesakit. 

Namum begitu, relaps bukanlah hukuman seumur hidup kepada individu yang menyalahgunakan bahan terlarang. Kajian bagi bentuk pemulihan dan relaps sepanjang umur menunjukan bahawa hampir satu per tiga daripada pesakit mencapai penahan diri secara kekal melalui percubaan serius kali pertama. Satu per tiga lagi mengalamai episod relaps secara ringkas yang mana akan mengakibatkan penahanan diri secara jangka panjang. Tambahan lagi satu per tiga mengalami relaps kronik yang mengakibatkan pemulihan sebenar daripada penagihan bahan kimia (Gorski, Kelley & Havens, 1993).

Oleh kerana relaps merupakan kejadian biasa semasa proses pemulihan penyalahgunaan bahan terlarang, adalah menjadi kemestian ia dikaji secara teliti. Menangani penyakit penyalahgunaan AOD adalah mustahil tanpa kefahaman menyeluruh tentang peranan yang dimainkan oleh pencegahan relaps.

Sama ada sesuatu rawatan atau personel undang-undang jenayah menyediakan perkhidmatan rawatan awal, personel ini mepunyai peluang dan tanggungjawab bermakna bagi intervensi bersama orang yang sedang mengalami proces pemulihan apabila mereka dapat mengenalpasti tanda-tanda relaps. Beberapa kemahiran diperlukan termasuk penilaian, pendidikan, konfrontasi sangkalan,  pembrokeran sumber komuniti, pembinaan sistem sokongan.

Bagi memastikan pencegahan relaps berjaya, koordinasi sistem yang efektif dalam perlu. Ini melibatkan koordinasi dan komunikasi diantara pelbagai agensi dan sistem. Program rawatan komuniti perlu bekerjasama bagi memastikan program pencegahan relaps adalah merangkumi keseluruhan rawatan bagi semua pesakit. Para pembuat keputusan di peringkat negeri dan komuniti perlu mengenalpasti pencegahan relaps adalah komponen yang kritikal bagi proses rawatan, dan menimbang serta mengkoordinasi polisi dan membuat keputusan berlandaskan keadaan ini. Apabila ia dilakukan sedemikian berserta dengan usaha yang komprehensif dimana melibatkan keselurahan bahagian agensi dan sistem, modal yang digunakan bagi rawatan akan menunjukan hasilnya.

Beberapa keadaan mungkin akan menyebabkan relaps, seperti tekanan sosial dan rakan sebaya atau kebimbangan atau kemurungan. Kajian telah menunjukan perkadaran yang tinggi situasi berisiko tinggi kepada penagihan alkohol meliputi keadaan emosi interpesonal yang negatif, sementara perkadaran yang tinggi situasi yang dilaporkan oleh penagih heroin meliputi tekanan sosial. (Marlatt & Gordon, 1985). 

Faktor-faktor Penyumbang

Pemahaman terhadap beberapa faktor peribadi yang boleh menjadi penyumbang kepada relaps penyalahgunaan bahan terlarang adalah berguna di dalam perbincangan tentang pencegahan relaps. Ini termasuklah (Peters, 1993):
  • Kekurangan kemahiran dalam menangani tekanan sosial dalam menggunakan bahan terlarang;
  • Sering terdedah kepada situasi berisiko tinggi yang menjurus kepada pengalaman penggunaan dadah dan alkohol pada masa lampau
  • Peringat secara fizial dan psikologi kepada penggunaan dadah dan alkohol masa lampau (contohnya perlengkapan dadah, rakan yang menggunakan dadah, wang)
  • Kurang kemahiran dalam menangani konflik interpersonal atau emosi negatif;
  • Keinginan menguji kawalan peribadi terhadap penggunaan dadah dan alkohol; dan
  • Pemikiran berulang atau keinginan fizial terhadap penggunaan dadah dan alkohol.

Penagihan dadah dan alkohol adalah kronik dan merupakan syarat relaps. Pemulihan memerlukan perubahan terhadap sikap, tingkah laku,  dan nilai. Oleh kerana isu tersebut, pemulihan bukanlah syarat statik; ia meliputi proses berterusan. Relaps berlaku apabila sikap dan tingkah laku berbalik kepada yang serupa di mana yang menunjukan tingkah laku dan sikap seseorang semasa aktif menggunakan dadah dan alkohol. Walaupun relaps terjadi pada bila-bila masa, ia mungkin mudah terjadi di peringkat awal pemulihan. Pada tahap ini, tabiat dan sikap yang diperlukan untuk kekal sedar, kemahiran yang diperlukan untuk menggantikan penggunaan bahan terlarang dan mengenalpasti rakan sebaya yang positif adalah tidak mempunyai asas yang teguh(Nowinski, 1990).

Kategori Pesakit

Menurut Gorski & Miller (1986), individu yang ketagihan bahan kimia boleh dikategorikan mengikut kepada sejarah pemulihan dan relaps mereka. Pesakit adalah; menjurus kepada pemulihan; menjurus secara ringkas kepada relaps; atau menjurus secara kronik kepada relaps. Indivudi yang menjurus kepada relaps boleh dibahagi kepada tiga subkumpulan:
Menurut Gorski & Miller (1986),

Pesakit peralihan – Pesakit peralihan tidak menerima atau mengenali yang mereka sedang mengalami menagihan bahan kimia, walaupun penyalahgunaan bahan terlarang oleh mereka telah menyebabkan kesan buruk yang jelas. Ini biasanya disebabkan oleh ketidakbolehan pesakit menerima keadaan realiti dengan tepat, hasil daripada gangguan bahan kimia.

Pesakit yang menjurus kepada relaps secara tidak stabil – pesakit yang tidak stabil tidak dilatih kemahiran mengenalpasti penagihan mereka. Dalam kes-kes tersebut, pemulihan gagal menyediakan pesakit ini dengan kemahiran penting untuk mengganggu proses dan penyakit penagihan. Akhirnya, mereka tidak dapat menuruti program pemulihan yang memerlukan pengurangan pengambilan bahan terlarang, pemulihan dan perubahan gaya hidup.

Pesakit yang menjurus kepada relaps secara stabil -  pesakit yang stabil mengenalpasti dan menyedari penagihan bahan kimia mereka, pengurangan pengambilan adalah penting untuk pemulihan, dan program pemulihan secara berterusan diperlukan untuk terus sedar. Walaupun dengan usaha yang diberikan, individu tersebut mengalami simpotm yang tidak berfungsi yang seterusnya membawa mereka kembali semula kepada penyalahgunaan AOD

Dianggarkan sebanyak 40 hingga 60 peratus mereka yang sedang pulih daripada kebergantungan bahan kimia mengalami relaps sekurang-kurangnya sekali selepas percubaan serius mereka terhadap rawatan. Kajian menunjukan pesalah laku yang menggunakan dadah secara aktif terlibat dengan lebih kurang tiga atau lima kali bilangan harian jenayah sebagai bukan pengguna dadah; dengan itu, relaps lebih cenderung untuk mempercepatkan tahap aktiviti jenayah yang berikutnya

Menjadi pemikiran yang biasa bahawa kebanyakan orang yang menjurus kepada relaps tidak mempunyai motivasi untuk pulih.  Ini adalah perkara biasa bagi mereka yang bekerja dengan individu dalam sistem keadilan, di mana relaps penagihan adalah bertepatan dengan kembalinya kepada aktiviti jenayah. Pengalaman secara klinikal, sebaliknya, tidak menyokong presepsi tersebut. Dalam satu kajian pesakit menjurus relaps di Pusat Pencegahan Relaps Kebangsaan di Maryland, 80 peratus dari pesakit mempunyai sejarah yang menyedari tentang penagihan mereka, begitu juga motivasi untuk menuruti pengesyoran pemulihan. Walaubagaimanapun, individu tidak dapat mengelakan pengurangan pengambilan bahan terlarang dengan sendirinya. 

Risiko Remaja

Golongan remaja merupakan golongan berisiko tinggi untuk relaps kerana tahap perkembangan mereka. Kebiasaannya kebanyakan isu remaja meliputi perubahan fizikal dan emosi yang memburukan lagi kecenderungan relaps. Kebergantungan terhadap bahan kimia boleh merencatkan perkembangan normal, menjadikan ia rumit untuk memulihkan para remaja untuk berfungi mengikut keperluan umur. Ini menyebabkan tidakselesaan di dalam keperluan persekitaran sosial belia. Sesetengah mungkin akan kembali dalam penggunaan bahan sebagai cara untuk menangani perasaan yang tidak selesa ini. (Bell, 1990).

Bell (1990) juga menunjukkan terdapat faktor penggalak dan acara yang mempercepatkan yang mungkin menghasilkan relpas terhadap remaja. Faktor yang mempercepatkan meletakan remaja (serta orang dewasa) pada risiko yang meningkat dan meliputi unsur seperti:

Masalah pembelajaran
  • Diagnosis dual dan pelbagai
  • Personaliti tekanan tinggi
  • Kemahiran kendalian yang tidak mencukupi
  • Kurang sistem sokongan
  • Keluarga pincang
  • Kurang kawan impuls

Faktor percepatan adalah acara yang menyedihkan yang menggangu kebolehan remaja untuk menjalani pemulihan. Antara contohnya adalah meliputi:
  • Penceraian dan perpisahan ibu bapa
  • Berpisah daripada rakan lama; perpindahan sekolah;
  • Kehilangan atau kematian ahli keluarga; dan
  • Berpisah dengan teman lelaki atau wanita

Faktor percepatan di kalangan dewasa boleh melibatkan kehilangan pekerjaan, kehilangan orang yang tersayang, atau acara sebagainya. Pencegahan relaps memberi penekanan tatacara pemulihan seseorang dalam mengenalpasti dan mengurus tanda-tanda amaran relaps. Peter (1993) mengemukakan beberapa cadangan mengenai pencegahan relaps dikalangan pelaku jenayah. Walaupun ini adalah bertumpu kepada populasi orang dewasa yang dipenjarakan, kebanyakkan cadangan boleh diaplikasikan kepada remaja dan pelbagai bahagia dalam sistem perundangan juvana. Program pendekatan yang dicadangkan termasuk:
  • Penilaian relaps terdahulu. Pendekatan ini termasuk pembangunan kepada penerangan individu oleh acara berterusan yang mengarah kepada relaps. Ini boleh meliputi program berstruktur yang menyediakan pendidikan dan peluang dalam melatih kemahiran bertahan. Pencegahan relaps seharusanya disediakan dengan baik sebelum individu dijangkaan untuk dilepaskan daripada program bagi memberi masa bagi pembinaan kemahiran pencegahan relaps.
  • Strategi bagi membantu kemasukan semula dalam masyarakat. Seseorang yang sudah dikeluarkan daripada masyarakat memerlukan bantuan dengan peralihan dan bantuan dalam mewujudkan hubungan dengan perkhidmatan rawatan yang diperlukan. Pemantauan yang kerap bagi penggunaan dadah juga mungkin penting.
  • Rawatan yang diarahkan oleh mahkamah. Pemulihan susulan masyarakat mungkin ditetapkan oleh mahkamah sebagai syarat percubaan atau penjagaan selepas. Penyalahgunaan bahan terlarang diperlukan untuk menyertai dalam program pencegahan relaps boleh membantu pemulihan yang berjaya. Pengawasan masyarakat boleh menyediakan keperluan insentif bagi mengekalkan proses pemulihan sehingga motivasi dalaman boleh diperteguhkan melalui sokongan rakan sebaya, konfrontasi dan kaedah lain. Rawatan yang diarahkan oleh mahkamah adalah efektif dalam menyekat relaps bagi mereka yang tidak akan menghadiri rawatan secara sukarela.

Prinsip dan Prosedur Pencegahan Relaps
 
Gorski et al. (1993) telah mengasingkan beberapa prinsip asas terapi pencegahan relaps. Ia termasuklah:
  • Pengaturan sendiri dan penstabilan.

Setelah kapaciti pesakit untuk mengatur sendiri cara berfikir, berasa, mengumpul memori, pertimbangan dan tingkah laku meningkat, risiko relaps akan berkurangan. Pengaturan sendiri boleh dicapai melalui penstabilan. Penstabilan boleh meliputi:
  • Penyahtoksik daripada alkohol dan dadah-dadah lain;
  • Pemulihan daripada kesan tekanan yang timbul daripada penggunaan bahan kimia;
  • Resolusi krisis interpersonal dan situasi segera yang mengancam ketenangan; atau
  • Pengwujudan struktur harian termasuk diet yang sesuai, senaman, pengurusan tekanan, dan kerap berhubungan dengan personel pemulihan dan kumpulan bantu diri.

Risiko relaps adalah tinggi semasa tempoh penstabilan yang berikut.
  • Intergrasi dan penilaian sendiri. Setelah pemahaman dan penerimaan meningkat, risiko relaps akan menurun.  Semasa fasa ini, adalah penting untuk menerokai masalah terkini yang mungkin akan mengarah kepada relaps di masa lampau, dan di mana akan memulakan relaps di masa hadapan.
  • Pemahaman dan pendidikan relaps. Pemahaman tentang faktor am yang menyebabkan relaps dapat membantu dalam pencegahan relaps. Maklumat asas yang disediakan dalam fasa ini seharusnya meliputi, tetapi tidak terhad kepada:
    • perubatan, klinikal dan model sosial penyakit penagihan
    • model perkembangan pemulihan
    • “titik halangan” kebiasaaan dalam pemulihan
    • faktor kesukaran dalam relaps
    • pengenalpastian isyarat amaran
    • strategi pengurusan bagi isyarat amaran relaps; dan
    • perancangan untuk pemulihan efektif         

Perlu diambil kira yang kebanyakan pesakit ke arah relaps mungkin mengalami masalah memori berkaitan dengan penyalahgunaan bahan kimia, yang mungkin akan menghalang proses pelajaran dan membantut maklumat pendidikan
  • Pengetahuan diri dan mengenalpasti tanda-tanda amaran. Proses ini mengajar pesakit untuk mengenalpasti turutan masalah yang mengarah kepada pemulihan stabil kepada penggunaan bahan kimia pada masa lampau, seterusnya sintesis langkah-langkah tersebut kepada keadaan masa hadapan yang boleh menyebabkan relaps.
  • Kemahiran bertahan dan pengurusan tanda amaran. Proses ini melibatkan pengajaran pesakit menjurus relaps bagaimana untuk mengurus dan menghadapi tanda amaran mereka apabila ia terjadi.
  • Perubahan dan perancangan pemulihan. Rancangan pemulihan melibatkan perkembangan jadual aktiviti pemulihan yang akan membantu pesakit mengenalpasti dan menguruskan tanda-tanda amaran semasa ia terjadi dalam keadaan sedar.
  • Kesedaran dan latihan invetori. Latihan invetori mengajar pesakit menjurus relaps untuk melakukan invetori secara harian yang memantau pematuhan program pemulihan mereka dan memeriksa perkembangan tanda amaran relaps.
  • Orang yang penting dan penglibatan orang lain. Individu yang menjurus kepada relaps memerlukan bantuan orang lain semasa proses pemulihan. Rawatan seharusannya memastikan orang lain (cthnya, ahli keluarga, penaja 12-langkah, penyokong rakan sebaya) turut terlibat dalam pemulihan.
  • Penyelenggaraan dan kemaskini pelan pencegahan relaps. Rawatan pesakit luar berterusan adalah penting bagi pencegahan relaps yang efektif. Program pesakit dalam yang sangat efektif atau pesakit luar utama tidak dapat mengganggu kitaran relaps jangka panjang tanpa penguatkuasaan berterusan sesetengah jenis terapi pesakit luar. Sesi kemaskini pelan pencegahan relaps mungkin melibatkan:
    • semakan penilaian asal, senarai tanda amaran, pengurusan strategi,dan pelan pemulihan
    • dengan menambah sebagai addendum yang apa-apa dokumen
          yang penting kepada kemajuan atau masalah pesakit sejak sebelumnya proses kemas kini;
    • semakan semula senarai tanda amaran relaps  yang digabungkan dengan tanda amaran baharu yang telah ditemui semenjak kemaskini terdahulu;
    • perkembangan pengurusan strategi bagi tanda amaran yang baharu ditemui; dan
    • semakan program pemulihan bagi penambahan aktiviti pemulihan, bagi menangani tanda amaran baharu, dan bagi menghapuskan aktiviti yang tidak lagi diperlukan.

Kesimpulan
 
Penagihan kepada bahan kimia merupakan sesuatu penyakit dan seperti kebanyakan penyakit, kemungkinan untuk relaps wujud. Proses penagihan AOD adalah proses kompleks, dan berkesan daripada faktor sosial, klinikal dan perubatan. Penyelesaian kepada permasalahan penagihan bahan kimia adalah pelbagai. Strategi rawatan yang bermanfaat daripada komponen pencegahan relaps kelihatan dalam setiap kes.  Ini adalah satu cara hakiki dalam penggunaan berkesan kewangan pemuliharaan Negeri. Dalam memastikan pencegahan relaps berkesan, agensi dan sistem mesti bekerjasaman dan berkomunikasi dalam pencarian dan usaha terbaik dalam kejayaan intervensi dengan pesakit yang menyalahgunakan bahan terlarang.

Rujukan
 
Bell, T. (1990). Preventing adolescent relapse: A guide for parents, teachers and counselors. Independence, MO: Herald House/ Independence Press.
Daley, D. (1987) Relapse prevention with substance abusers: clinical issues and myths. Social Work, 45(2), 38-42.
Gorski, T. T., Kelley, J. M., & Havens, L. (1993). An overview of addiction, relapse, and relapse prevention. In Relapse prevention and the substance-abusing criminal offender (An executive briefing) (Technical Assistance Publication Series 8). Rockville, MD: Center for Substance Abuse Treatment.
Gorski, T.T., & Miller, M. (1986). Staying sober-A guide for relapse prevention. Independence, MO: Independence Press.
Joe, G.W., Chastain, R.L., Marsh, K.L., & Simpson, D.D. (1985a). Opioid recidivism factors: 12-year followup of 1969-1972 admissions to DARP drug abuse treatments.
College Station, TX: Texas A&M University, Behavioral Research Program.
Marlatt, G.A., & Gordon, J.R. (1985). Relapse Prevention. New York: Guilford Press.
Nowinski, J. (1990). Substance abuse in adolescents and young adults: A guide to treatment. New York: W.W. Norton & Company.
Peters, R.H. (1993). Relapse prevention approaches in the criminal justice system. In Relapse prevention and the substance-abusing criminal offender (An executive briefing) (Technical Assistance Publication Series 8). Rockville, MD: Center for Substance Abuse Treatment.
Simpson, D.D., Joe, G.W., Lehman, W.E.K., & Sells, S.B. (1986b). Addiction careers: Etiology, treatment, and 12-year followup outcomes. Journal of Drug Issues, 16(1), 107-121


Penilaian bacaan
 5
16.67%
 4
16.67%
 3
16.67%
 2
16.67%
 1
33.33%

Maklumat Pengarang

Mohd Noh Saiman (LPPKN Johor)

md_noh@lppkn.gov.my