• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Terapi Minda > Motivasi Sama Seperti Mandi

Motivasi Sama Seperti Mandi

 1 kongsi |  1582 lihat

Foto kredit: https://www.pexels.com

Adakah anda sudah mandi? Bila? Hari ini, semalam atau bila?

Kata seorang cendekiawan Zig Zaglar; “Orang biasa cakap motivasi tak kan bertahan lama, mandi pun macam tu juga – sebab itu kita cadangkan ia dilakukan setiap hari”.

Konsepnya di sini cukup mudah, tujuan kita mandi adalah supaya bersih, selesa dan wangi. Tapi ianya takkan bertahan lama. Jadi kita akan lakukannya setiap hari dan konsisten. Dengan tujuan untuk kebaikan dan keselesaan diri kita. Maka begitulah juga dengan motivasi diri, kita perlu lakukan dengan kerap, malah setiap hari.

Adalah sesuatu yang normal dalam sesuatu keadaan kadangkala kita terasa begitu bermotivasi, manakala dalam waktu yang lain kita rasa lemah semangat, tiada motivasi, lemau dan sebagainya.

Sebagaimana proses mandi, motivasi juga perlukan permulaannya. Ada caranya. Kalau kita tidak mula melangkah mencapai tuala dan ke bilik air, selama itulah kita takkan mandi. Hendak dapat hasil mandi yang selesa dan wangi perlu gunakan sabun yang wangi. Begitulah juga perihalnya motivasi, motivasi perlu ada langkah mulanya. Motivasi juga akan betul-betul dapat dirasai sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Jadi di sini saya akan kongsikan dengan pembaca semua 10 tips membina motivasi. Berikut adalah merupakan perkara yang boleh kita lakukan bagi membina motivasi dalam diri kita:
 
1. Vision Board (Papan Matlamat) 
 
  • Apa yang anda perlu lakukan ialah, lukiskan, lakarkan, coretkan dan tuliskan impian-impian anda. Anda boleh mulakan dengan melekatkan gambar-gambar yang berkaitan dengan impian anda. Contohnya jika anda inginkan sebuah kereta mewah, carilah gambar tersebut di majalah, laman web atau sebagainya, kemudian gunting, potong dan lekatkan di board tersebut. Jika anda bercita-cita naik haji ke Mekah pada suatu hari nanti, cari gambar kaabah dan lekatkan. Teknik ini kita kenali sebagai motivasi visual (visual motivation). Tekniknya mudah tetapi berkesan untuk memotivasikan diri. Dengan melihat gambar impian kita, kita akan membayangkannya dalam fikiran dan refleks dari itu akan dizahirkan melalui tindakan kita kea rah mencapai impian itu.
 
2. Tuliskan Setiap Hari
 
  • Setiap orang biasanya ada target dalam hidupnya. Tetapi tidak ramai yang menulisnya. Dan lebih tidak ramai yang menulisnya setiap hari. Tadi kita sebut pasal langkah pertama untuk mandi ialah dengan mencapai tuala. Suatu perkara yang paling mudah untuk memotivasikan diri kita untuk mandi. Samalah juga halnya dengan impian. Menulis impian di sekeping kertas pada setiap hari adalah merupakan langkah mula yang paling mudah yang boleh kita lakukan. Tetapi secara tidak ia telah memberikan isyarat kepada otak kita bahawa kita telah membuat langkah pertama untuk mencapai impian tersebut. Caranya mudah tetapi kesannya mewah.
 
3. Beri Hadiah Pada Diri Sendiri
 
  • Ini kerja gila? Tidak sama sekali. Malah sebenarnya secara tidak sedar kita biasa lakukannya. Apa yang kita buat kalau kita dinaikkan pangkat? Apa yang kita buat kalau kita Berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan. Kita celebrate dengan kawan-kawan. Kita raikan. Perkara ini sebenarnya bagus untuk memotivasikan diri kita. Amalkan untuk beri hadiah sama ada berupa barangan, percutian atau sebagainya sebagai hadiah apabila kita mencapai sesuatu. Dengan cara ini kita telah memberi petanda kepada diri kita bahawa setiap kejayaan kita akan dijanjikan hadiah. Tidak perlu hadiah mahal, cukup sekadar makan-makan, tengok wayang atau belanja diri sendiri VCD filem kegemaran. Dengan cara tersebut secara tidak langsung kita telah Berjaya memotivasikan diri kita.
 
4. Cerita Inspirasi Orang Lain 
 
  • Motivasi: sama seperti mandi. Biasa mandi di sungai, kolam renang. Mandi di sungai atau kolam renang biasanya bukan sekadar mandi. Kita belajar berenang, terjun dan sebagainya. Hendak jadi perenang yang hebat, kita mesti tengok dan kaji cara yang betul sebagaimana orang lain lakukan. Sama juga halnya dengan kejayaan dalam kehidupan. Dengan melihat, membaca dan menelaah kisah kejayaan orang lain akan menginspirasikan kita untuk berjaya. Mungkin tidak semua orang suka membaca. Selain dari membaca kita juga boleh mendengar cerita dari orang lain, hadir ke program motivasi, dengar ceramah motivasi ataupun tonton video motivasi. Ini semua adalah antara kaedah-kaedah mudah tetapi berkesan untuk memotivasikan diri.
 
 5. Fokus Dengan Apa Yang Kita Fikir
 
  • Minda sebenarnya adalah alat paling berkuasa untuk mempengaruhi tindakan kita. Selagi kita tahu matlamat kita betul, cara kita lakukan tidaklah berapa penting. Telah terbukti setiap orang yang berjaya hari ini bukan berjaya dengan satu teknik, dengan satu cara. Cara yang digunakan pelbagai, sesuai dengan keupayaan masing-masing. Motivasi: sama seperti mandi. Selagi kita tahu tujuan kita mandi untuk membersihkan diri, tidak penting sama ada kita sabun di bahagian kepala, kaki atau tangan terlebih dahulu.
  • Ingin saya bawakan satu kisah. Ada 3 ekor katak yang menyertai pertandingan memanjat tiang licin. mengistiharkan pemenang akan menerima hadiah yang sangat lumayan, berupa seguni emas. katak pertama membuka lompat. Lompat punya lompat. Panjat punya panjat. Akhirnya tewas. Jatuh ke tanah. kedua mencuba nasib. Nasibnya juga sama. Tiba giliran katak ketiga, dengan tidak melihat ke kanan dan kiri terus memulakan lompatan, memanjat tiang licin. Akhirnya berjaya sampai ke puncak.
  • Apabila tiba sesi ditemuramah oleh wartawan. Apabila ditanya, katak yang diistihar sebagai pemenang tadi cuma diri. Tahulah mereka bahawa katak tadi sebenarnya pekak dan bisu, dan itulah kunci kejayaan katak tadi. Kedua katak yang gagal tadi, gagal kerana mendengar ejekan daripada katak-katak lain yang menjadi penonton. Begitulah juga kita, kadangkala kita perlu abaikan pandangan, ejekan dan tohmahan orang lain untuk kita mencapai kejayaan.

 6. Cari Sokongan
 
  • Jelas terbukti setiap orang yang berjaya hari ini  sebenarnya ada orang lain di sebalik kejayaan itu. Sokongan dan dokongan sangat diperlukan dalam kita memotivasikan diri. Caranya ialah dengan kita mencari seseorang yang dapat mengingatkan kita tentang matlamat ataupun impian kita. Kita dapat menceritakan apa sahaja berkaitan perkembangan dan pencapaian yang telah kita buat. Mungkin rakan kita ini boleh menjadi pengkritik kepada tingkah laku kita tetapi bukan memarahi kita. Cara ini lebih berkesan daripada dimarahi dan dipaksa oleh majikan untuk melakukan sesuatu. Selain dari itu, kita juga boleh mencari support group (kumpulan sokongan) dalam memotivasikan diri. Support group ini adalah terdiri daripada kelompok individu yang mempunyai minat dan matlamat yang sama dengan kita. Dengan cara ini kita membina motivasi melalui perbandingan pencapaian dengan orang lain. Malahan mood kita dapat ditingkatkan dalam mencapai sesuatu matlamat. Tidak hairanlah nak-anak selalu dipujuk (dimotivasikan) oleh ibu-ibu supaya mandi.
 
7. Raikan Semua Kejayaan
 
  • Meraikan kejayaan kita sebenarnya adalah merupakan motivasi terpenting dalam kita melakukan sesuatu. Sebelum orang lain meraikan kejayaan kita, kitalah terlebih dahulu perlu meraikan kejayaan kita. Caranya ialah dengan mencipta cara kita meraikan kejayaan. Contohnya Lin Dan meraikan kejayaan dengan melemparkan jerseynya, Tiger Woods dengan menggenggam tangan dan dilonjakkan ke atas. Ini sebenarnya adalah tindakan yang memberikan kepuasan dan memotivasikan diri untuk membuat pencapaian yang sama pada masa akan datang. Sementara itu akan juga boleh mempraktikkan melakukan sebanyak mungkin aktiviti ketika anda bermotivasi. Maka tidaklah menjadi kesalahan untuk kita melalak dan menyanyi sambil mandi sebagai tanda kejayaan kita mandi dengan air sejuk di pagi hari.
 
 8. Berpura-pura Sedang Bermovitasi
 
  • Salah satu teknik memotivasikan diri adalah dengan berpura-pura sedang sangat bermotivasi. Keadaannya sama juga apabila kita berpura-pura baik, selalu ke surau, selalu ke masjid, yang lama-kelamaan kita akan masuk ke dalam golongan itu dan akhirnya siapa yang untung, kita juga. Ilmu kita dapat dan akhirnya kita benar-benar jadi orang yang baik. Dalam memotivasikan diri juga hal yang sama, pada permulaannya kita berpura-pura bermotivasi dan akhirnya kita benar-benar menjadi seorang yang bermotivasi. Motivasi: sama seperti mandi, dapatkah kita pura-pura mandi. Biasanya yang masuk ke bilik air dan pura-pura mandi ni biasanya anak-anak kecil. Jika kita orang dewasa alang-alang sudah masuk ke dalam bilik air teruskan sajalah mandi. Dah alang-alang pura-pura bermotivasi teruskan saja untuk bermotivasi.
 
 9. Ikrar Pada Diri
 
  • Sewaktu mandi di pagi hari secara tidak sedar kita sering bermonolog dengan diri sendiri. Contohnya “sejuknya”, “mengantuknya”. Sebenarnya perkataan-perkataan ini membuatkan kita bertindak seperti yang kita lakukan. Begitu juga dengan memotivasikan diri, kita seharusnya mengeluarkan kata-kata atau ikrar yang baik kepada diri sendiri. Cara ini mudah tetapi ia adalah teknik monolog diri ataupun berpesan kepada diri sendiri. Dengan kita keluarkan perkataan seperti  “ sayalah juara”, “saya mampu lakukannya”, “saya ibu yang hebat” sebenarnya secara tidak langsung kita telah memberi pesan kepada tubuh badan kita untuk bermotivasi. Gunakanlah kekuatan ini dengan yakin untuk mencapai apa yang anda ikrarkan hari ini.
 
10. Jadikan Ia Tabiat
 
  • Kata Aristotle “We are what we repeatedly do. Excellent, then, is not an act, but a habit”. Motivasi pada peringkat awal tidak akan bertahan lama jika senarai tips 1 hingga 9 tadi kita tidak jadikan tabiat. Hanya dengan menjadikan ianya tabiat dapat memastikan kita terus bermotivasi. Setiap apa yang kita buat perlu ada sikap konsisten. Orang tua-tua kata “jangan Hangat-hangat tahi ayam”. Mandi di awal pagi hari dengan konsisten akan membuatkan ianya menjadi sesuatu yang biasa dan mudah bagi diri kita.
 
Motivasi selain daripada luar, sebenarnya ia bermulah dari diri kita sendiri. Kitalah yang menghasilkan motivasi untuk diri kita. Keputusan sama ada untuk terus murung atau kembali bermotivasi adalah di tangan kita sendiri. Motivasi : Sama seperti mandi, lakukanlah setiap hari. Lakukan secara konsisten. Percaya pada diri. Motivasi datang dari diri kita sendiri.


Penilaian bacaan
 5
0%
 4
0%
 3
0%
 2
0%
 1
0%