• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA) > Peranan Ibubapa Dalam Memastikan Mainan Anak-Anak Selamat

Peranan Ibubapa Dalam Memastikan Mainan Anak-Anak Selamat

 0 kongsi |  2369 lihat

Foto kredit: https://www.freepik.com
 
Dunia kanak-kanak merupakan satu dunia yang indah dan penuh berimiginasi. Mereka akan melihat persekitaran mereka dengan pelbagai imiginasi yang menarik tanpa memahami kesan dan akibat yang boleh memudaratkan mereka. Di sini ia memerlukan bimbingan dan peranan oleh orang dewasa terutamanya ibu bapa dalam memastikan mereka dapat memahami tidakan mereka boleh membawa kepada kesan yang positif.
  
Permainan kanak-kanak ini boleh juga membantu proses pendidikan dan perkembangan anak-anak khususnya bagi kanak-kanak diperingkat awal usia. Dari perspektif Islam, permainan merupakan salah satu kaedah mendidik anak-anak mengikut cara Rasulullah S.A.W. Justeru, membelikan permainan untuk anak amat digalakkan kerana manfaat yang akan diterima oleh si anak sangatlah besar.

Oleh yang demikian pemilihan permaianan kanak-kanak perlu dilakukan dengan bijaksana khususnya dalam aspek keselamatan. Kita tidak mahu insiden yang berlaku pada November tahun 2014 di Ohio Amerika Syarikat berlaku di negara kita. Kejadian tersebut telah melihatkan bagaimana anggota polis telah menembak mati seorang kanak-kanak berkulit hitam kerana menyangka pistol yang mainan yang diacukan oleh kanak-kanak tersebuat adalah 

KEPENTINGAN KESELAMATAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Pelbagai jenis permainan kanak-kanak kini berada di pasaran nampak menarik dan menyeronokan. Namun awas, jika ibu bapa tidak berhati-hati ia mampu mengundang bahaya kepada keselamatan anak-anak kita.  Bahaya yang mungkin mengundang kepada anak-anak kita ini adakalanya kurang diberi perhatian, kerana ia mungkin mempunyai bahagian kecil yang mudah tertelan, manakala yang lain, seperti bahan berwarna pula boleh menjadi penyebab kanser. Kesedaran masyarakat negara ini terhadap keselamatan alat mainan kanak-kanak masih pada tahap rendah. Ini dapat dilihat apabila masih ramai pengguna membeli alat mainan berdasarkan harganya yang murah, berkualiti rendah, rupanya yang cantik, bentuk yang canggih, warna dan juga mengikut trend semasa. Bagi mereka, alat mainan kanak-kanak adalah medium hiburan dan penjanaan kepada daya imaginasi anak kecil dan tidak mungkin ia boleh mendatangkan bahaya. Walhal sudah pelbagai kemalangan dan bahaya kesihatan yang berpunca daripada alat mainan kanak-kanak dilaporkan dalam media, khususnya antarabangsa. Namun, masih ramai yang memandang ringan. Oleh yang demikian ibu bapa perlu memberi perhatian yang tinggi apabila membeli barang mainan kepada anak-anak mereka.

TIPS MEMBELI MAINAN KEPADA ANAK-ANAK

Bagi memastikan keselamatan anak terjamin dan mengelakkan kemalangan atau kajadian yang tidak diingini berlaku, berikut adalah di antara perkara yang boleh diberi perhatian;
  • Pastikan mainan bukan dari bahan yang bertoksid. Jangan membeli alat permainan yang diperbuat daripada plastic PVC (Poly Vinyl Chloride) kerana ia mengandungi bahan kimia. Sebagai alternatif, belilah barangan yang diberbuat daripada bongkah kayu.
  • Berhati-hati dengan barangan yang mudah tercekik dan mencekik seperti biji guli atau bebola besi boleh menyebabkan anak-anak kecil termakan dan tercekik. Manakala mainan yang bertali pula boleh menyebabkan tali terjerut dan mencekik kanak-kanak tersebut jika tidak berhati-hati.
  • Elakan memberi mainan yang terdapat bahan bermagnet atau bateri kepada anak-anak yang kecil.
  • Tidak digalakkan membeli mainan yang boleh membengaruhi tingkahlaku sosial yang seperti permaian pistol dan karektor-karektor animasi yang boleh mencetuskan aktiviti atau aksi yang ganas.
  • Ibubapa juga disaran agar mengelakkan membeli barangan yang mempunyai bunyi bising. Ini kerana telinga kanak-kanak terutama yang masih kecil agak sensitif. Dikhuatiri ia boleh menjejaskan pendengaran kanak-kanak tersebut.
  • Belilah barangan yang boleh membina kreativiti anak-aank anda. Galakkan mereka untuk terlibat dalam permainan tradisional keranan ia mampu meningkatkan nilai, kreativiti serta kemahiran sosial. Contohnya congkak, gasing dan sebagainya.
  • Memilih permainan mengikut tahap kesesuaian umur anak-anak.sebagai contoh kanak-kanak yang berumur  12  bulan  suka  meneroka,  mula  belajar  menggigit. Oleh itu mainan yang sesuai adalah objek-objek lembut dan ringan

PENUTUP
 
Sebagai ibubapa, perlulah bijaklah memilih permainan baik serta sesuai dan mengubahnya menjadi lebih menarik, kreatif dan berkesan dalam pendidikan anak. Apa yang lebih penting lagi ialah masa bermain bersama bersama anak-anak dan bukan membiarkan anak-anak sendirian bermain permainan tersebut. Barang permaianan adalah alat untuk anak-anak meningkaatkan daya perkembangan kognitif mereka. Ia juga merupakan alat untuk ibu bapa berinteraksi dengan mereka. Justeru pilihlah maianan yang sesuai dan selamat agar kita boleh mewujudkan suasana yang harmoni dan sejahter di dalam keluarga kita.
 


Penilaian bacaan
 5
0%
 4
0%
 3
0%
 2
0%
 1
0%