• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA) > Ikat Anak : Siksa Atau Keselamatan

Ikat Anak : Siksa Atau Keselamatan

 0 kongsi |  1088 lihat

Foto kredit: https://www.freepik.com
 
Menghabiskan cuti bersama keluarga di hujung tahun adalah satu perkara yang ditunggu­ tunggu. Malah, ada yang telah membuat persiapan sejak dari awal tahun lagi. Destinasi, bajet dan keperluan lain telah pun siap-siap dirancang. Keterujaan akan lebih terasa apabila ada ahli baru di dalam keluarga. Melihat telatah si manja yang baru mengenal dunia luar adalah detik-detik terindah buat sepasang suami isteri.

Rata-rata trend di Asia khususnya di Malaysia, ibu bapa lebih gemar memangku atau mendukung bayi dengan alasan lebih mudah untuk memantau, menyusu dan menidurkannya.
Malah, mereka rasakan lebih selamat apabila si bayi sentiasa dalam dakapan sepanjang perjalanan ke lokasi  percutian.
 
Ramai ibu bapa seolah-olah menganggap bahawa duduk di atas riba cukup untuk melindungi bayi mereka daripada kemalangan. Melihat anak kecil baring terikat di car seat membuatkan si ibu tidak sampai hati. lanya seolah-olah membataskan segala pergerakan bayi dan merasakan ia tidak selesa dan tidak sesuai.

Berdasarkan statistik, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak  dan sistem perjalanan  tidak  diambil  serius oleh kebanyakan ibu bapa di Malaysia. lbu bapa perlu faham
bahawa anak-anak adalah berharga seperti kargo 'on-board'. Justeru, nilai keselamatan tidak boleh diabaikan dan tidak boleh dipandang mudah kerana ia memberi manfaat kepada mereka dalam jangka masa yang panjang.

Oleh sebab itu, kelengkapan peralatan perjalanan bayi yang betul dan selesa membantu memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa terutama apabila penggunaan peralatan keselamatan bayi ini dipraktikkan. Sebagai tamba han, ibu bapa perlu mengamalkan penggunaan tali pinggangkeselamatan dan anak-anak kecil perlu diajar untuk menggunakannya.

"Menurut kajian yang dijalankan oleh MIROS, bayi akan tercampak ke depan pada kelajuan yang tinggi walaupun dipegang oleh orang dewasa semasa perlanggaran kenderaan biarpun dengan hanya 30km per jam.Kebanyakannya akan terbunuh sebagai kesan langsung daripada impak tersebut"

Keselamatan adalah penting bagi perkembangan anak-anak dan ia juga penting untuk memupuk tabiat berhemah ini bermula dari kecil lagi. Memakai tali pinggang keselamatan tidak semestinya ketika duduk di kerusi hadapan sahaja, kerusi penumpang di belakang juga perlu.

YANG MANA SESUAI?
 
Terdapat beberapa tips yang bergunasebagai panduan untuk kita membeli car seat kanak-kanak. Pilihlah car seat yang mudah untuk kita dan pasangan kendalikan. Pilihlah kerusi yang bersesuaian dengan berat dan umur anak kita.
 
Jika anda memilih untuk membeli infant carrier, pastikan berat kerusi itu sendiri tidak membebani anda. Pastikan car seat yang dibeli muat diletakkan di dalam kereta. Lebih-lebih lagi apabila car seat ini berada dalam keadaan baring. Murah atau mahal car seat yang dibeli bukanlah persoalan utama. Pastikan anda membaca buku panduan yang disediakan.
 
Antara tips tambahan untuk dikongsikan ialah, perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan untuk menjaga keselamatan bayi dan kanak-kanak semasa duduk dalam car seat adalah:

BOLEH
 
  • Gunakan car seat yang betul dan bersesuaian dengan berat dan saiz kanak-kanak.
  • Gunakan car seat yang mematuhi piawaian terkini.
  • Pastikan car seat tersebut sesuai dengan kereta anda
  • Pastikan car seat itu diletakkan dengan selamat bagi setiap perjalanan.
  • Dudukkan anak anda di bahagian belakang kereta sepanjang perjalanan.
  • Periksa car seat dengn kerap bagi memastikan tiada kerosakan.

TIDAK BOLEH
 
  • Jangan biarkan anak anda duduk dalam kereta tanpa car seat pada bila-bila masa tidak kira berapa singkat perjalanan tersebut.
  • Jangan pasang car seat di tempat duduk penumpang hadapan kalau ada airbag.
  • Jangan beli car seat terpakai kerana barangkali ia mempunyaibahagian yang hilang.
  • Jangan gunakan car seat apabila kereta telah mengalami kemalangan.
  • Jangan bawa anak dalam dakapan anda atau letakkan tali pinggang sekeliling anda berdua kerana apabila kemalangan, ia akan menyebabka n kecederaan kepada anda berdua.
  • Jangan mengubahsuai car seat.


Penilaian bacaan
 5
100.00%
 4
0.00%
 3
0.00%
 2
0.00%
 1
0.00%

Maklumat Pengarang