• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas

Selamatkah Mainan Anak Anda?

 0 kongsi |  1138 lihat

Foto kredit: https://www.freepik.com
 
Dunia kanak-kanak merupakan satu dunia yang indah dan penuh imaginasi. Kanak-kanak melihat persekitaran mereka dengan pelbagai imaginasi yang menarik tanpa memahami kesan dan akibat yang boleh memudaratkan mereka. Ketika inilah bimbingan dan peranan perlu dimainkan oleh orang dewasa terutamanya ibu bapa dalam memastikan kanak-kanak ini dapat memahami tindakan yang boleh membawa kepada kesan positif atau sebaliknya.  

Permainan kanak-kanak boleh membantu proses pendidikan dan perkembangan anak-anak di peringkat awal usia. Dari perspektif Islam, permainan merupakan salah satu kaedah mendidik anak-anak mengikut cara Rasulullah S.A.W. Juste ru itu, membelikan permainan untuk anak amat digalakkan kerana manfaat yang akan diterima oleh si anak sangatlah besar.
 
Waiau bagaimanapun, pemilihan permainan kanak-kanak perlu dilakukan dengan bijak terutama jika membabitkan aspek keselamatan. Kita tidak mahu insidenyang berlaku  pada November 2014 di Ohio, Amerika Syarikat berulang kembali. Kejadian tersebut telah memperlihatkan bagaimana anggota polis telah menembak mati seorang kanak-kanak berkulit hitam kerana menyangka pistol mainan yang diacukan oleh kanak-kanak tersebut adalah pistol sebenar.

Mengapa  aspek keselamatan penting?
Pelbagai jenis permainan kanak-kanak yang berada di pasaran kini nampak menarik dan menyeronokkan. Namun, awas! Jika ibu bapa tidak berhati-hati memilih mainan, ia mampu mengundang bahaya kepada keselamatan anak­ anak kita.

Ada kalanya, ibu bapa memandang remeh terhadap aspek keselamatan dalam memilih mainan. Antaranya, mainan untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas tidak boleh diberikan kepada bayi usia 12 bulan kerana aspek-aspek bayi mudah tertelan mainan dan bahan berwarna pada mainan boleh menjadi penyebab kanser.
 
Secara amnya, kesedaran masyarakat negara ini terhadap keselamatan alat mainan kanak-kanak masih berada pada tahap yang rendah. lni dapat dilihat apabila masih ramai pengguna  membeli  alat  mainanberdasarkan  harganya yang murah, berkualiti rendah, rupanya yang cantik, bentuk yang canggih, warna dan juga mengikut trend  semasa. Bagi mereka, alat mainan kanak-kanak adalah medium hiburan dan penjanaan kepada daya imaginasi anak kecil dan tidak mungkin ia boleh mendatangkan bahaya. .Walhal, sudah pelbagai kemalangan dan bahaya kesihatan yang berpunca daripada alat mainan kanak-kanak dilaporkan dalam media, khususnyaantarabangsa. Namun, masih ramai yang memandang ringan akan perkara tersebut. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian apabila membeli barang mainan kepada anak-anak mereka.

Tips membeli mainan kepada  kanak-kanak

Bagi memastikan keselamatan anak terjamin dan mengelakkan kemalangan atau kejadian yangtidak diingini berlaku, berikut adalah di antara perkara yangperlu diberi perhatian:
 
  • Memilih permainan mengikut tahap kesesuaian umur anak-anak. Sebagai contoh, kanak-kanak yang berumur 12 bulan suka meneroka dan mula belajar menggigit. Oleh itu , mainan yang sesuai  adalah objek-objek  lembut dan ringan.
     
  • Pastikan mainan bukan diperbuat daripada bahan yang bertoksid. Jangan beli alat permainan yang diperbuat daripada plastic PVC (Poly Vinyl Chloride) kerana ia mengandungi bahan kimia. Sebagai pilihan, belilah barangan yang diperbuat daripada bongkah kayu.
     
  • Berhati -hati dengan barangan yang bersaiz kecil kerana mungkin akan membuatkan anak anda tercekik. Mainan seperti biji guli atau bebola besi boleh menyebabkan anak­ anak kecil termakan dan tercekik. Manakala, mainan yang bertali pula boleh menyebabkan kejadian tali terjerut dan mencekik kanak-kanak tersebut jika tidak   berhati-hati.
     
  • Elakkan memberi mainan yang terdapat bahan bermagnet atau bateri kepada anak-anak kecil.
     
  • Tidak digalakkan membeli mainan yang boleh mempengaruhi tingkah laku sosial kanak-kanak seperti permainan pistol dan karakter-karakter animasi yang boleh mencetuskan aktiviti atau aksi yang ganas.
     
  • lbu bapa juga disarankan agar mengelak daripada membeli barangan yang mempunyai bunyi bising. Hal ini kerana telinga kanak-kanak terutama yangmasih kecil agak sensitif. Dikhuatiri ia  boleh menjejaskan  pendengaran kanak­-kanak tersebut.
     
  • Belilah barangan yang boleh membina kreativiti anak- anak anda. Galakkan mereka untuk terlibat dalam permainan tradisional kerana ia mampu meningkatkan nilai, kreativiti serta kemahiran sosial. Contoh nya congkak, gasing dan sebagainya. 
     
Sebagai ibu bapa, anda perlu bijak dalam memilih mainan baik dan sesuai untuk anak anda. Lebih elok lagi jika anda dapat membuatkan mainan tersebut menjadi lebih menarik, kreatif dan berkesan dalam pendidikan anak. Apa yang lebih penting lagi ialah meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak seperti bermain bersama mereka dan bukannya membiarkan anak-anak bermain sendirian. Barang permainan adalah alat untuk anak-anak meningkatkan daya perkembangan kognitif mereka. la juga merupakan alat untuk ibu bapa berinteraksi dengan mereka. Justeru itu, pilihlah mainan yang sesuai dan selamat agar kita boleh mewujudkan suasana  yang harmoni dan sejahtera  di dalam keluarga.


Penilaian bacaan
 5
0%
 4
0%
 3
0%
 2
0%
 1
0%