• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Keibubapaan Kreatif > Menjemput Bahagia

Menjemput Bahagia

 6 kongsi |  3618 lihat

Foto kredit: Facebook Dr. Mohd Ghazali Abdul Ghaib

Tahun 1906, ahli ekonomi itali bernama Vilfredo Pareto, memperkenalkan “Prinsip Pareto”, dimana 20 peratus perkara memperngaruhi 80 peratus pencapaian atau sesuatu kejayaan.  Apakah signifikennya ‘Prinsip Pareto’ dalam Kebahagian Sebuah Institusi Kekeluargaan.  Bagaimana Prinsip 20 peratus menentukan 80 peratus hasil yang dicapai.

Mungkin sukar untuk kita melihat bagaimana prinsip ini dapat diadaptasi dalam memahami pentingnya menguruskan faktor bahagia itu kepada usaha membentuk sesebuah keluarga yang bahagia.  Saya yakin, ramai diantara kita pasti mengimpikan sebuah rumahtangga yang bahagia hasil dari perkongsian dua jiwa.  Suami mengimpikan isteri yang taat dan setia, isteri pula menginginkan suami yang romantis dan bertanggungjawab.  Anak-anak sudah semamangnya menginginkan dua orang ibu bapa yang memahami dan bertanggungjawab.  Semua impian itu menjadi sesuatu yang pasti jika kita memilih untuk menguruskan 20 peratus penentu kepada 80 perastus kejayaan dan pencapaian sebuah keluarga yang bahagia.

Untuk memahami bagaimana mencapai 80 peratus kejayaan sebuah intitusi keluarga yang bahagia, maka ibu bapa harus sudah mula membuat penilaian dan pendekatan menguruskan faktor-faktor yang menentukan kejayaan sebuah keluarga yang bahagia.  Kebahagian adalah suatu pilihan dalam kehidupan bekerluarga, sebab yang demikian, setiap kita diberi pilihan dalam memilih dan menentukan pasangan yang sesuai dalam membina sebuah mahligai yang bahagia. 

Rasulullah S.A.W bersabda “Wanita dinikahi kerana empat perkara : kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.  Dapatkanlah wanita yang memiliki agama, (H.R. Al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w member panduan kepada uamt islam khususnya, untuk membuat pilihan terbaik dalam membina sebuah institusi ruamahtangga.  Terdapat 4 pilihan dalam membina sebuah institusi kekeluargaan (rumahtangga), tetapi pilihan yang terbaik ialah memilih calon isteri yang menjaga agamanya, kerana melalui agama kedua-dua pasangan akan menikmati kebahagian yang sakinah.

Untuk mencapat matlamat bahagia, maka kita perlu mengetahui faktor penentu kepada kebahagiaan.  Dengan cara ini ia dapat membantu ibu bapa atau pasangan suami isteri menguruskan kejayaan dan kebahagiaan sesebuah keluarga dengan cemerlang.  Oleh sebab itulah untuk mendapat sesuatu kejayaan (80 perastus hasil), kita harus menguruskan factor kejayaan tersebut (20 peratus sebab).  Untuk mencapai kejayaan kita harus berlajar bagaimana cara mencapai kejayaan tersebut.

Dalam keadaan yang semakin pantas dan dunia yang semakin mendesak, situasi ekonomi dan gaya hidup yang semakin pincang di dalam masyarakat.  Maka kita tidak mungkin dapat melakukannya secara sendirian atau menelaah buku-buku dan menjelajah took – took buku bagi mengutip dan membeli sebanyak mungkin buku ilmiah dan tips yang boleh membantu kita berkaitan baik dan buruk dalam menguruskan sebuah keluarga yang cemerlang.  Tapi ia sudah pasti memenat dan meletihkan kita untuk melakukannya.

Oleh sebab itu Kebahagian akan lebih mudah kalau dijemput ke dalam rumahtangga.  Jangan sampai hilang  kebahagian dalam rumahtangga, kerana sesuatu yang hilang memang memenatkan untuk dicari.

Oleh itu cara terbaik ialah kita sentiasa berusaha untuk mencari ilmu dan belajar dari pengalaman mereka yang telah berjaya menguruskan keluarga dan anak-anak dengan cemerlang.  Bersedia untuk menghadiri kursus-kursus keibubapaan dan bersedia untuk membina disiplin untuk sentiasa berbuat.  Kerana setiap ilmu yang diperolehi tidak akan member manfaat kepada diri dan keluarga kalau kita gagal untuk dipraktikan atau kehidupan.

Dalam pada masa yang sama, membentuk disiplin yang rapi dalam urusan rumahtangga dan keluarga dilihat amat penting bagi mengendalikan sesebuah isntitusi keluarga.  Sebuah keluarga yang cemerlang mempunyai rangka disiplin yang tersusun dan sentiasa komited untuk diamalkan dalma keluarga.  Disiplin solat berjemaah, makan bersama dan beriadah akan menambahkan keeratan hubungan antara setiap ahli keluarga.

Sesebuah isntitusi keluarga juga akan menjadi bahagia dan cemerlang, jika setiap ahli keluarga berjaya menguruskan masa dengan berkesan.  Kita tentu sering kali diasak dengan “work life balance”.  Pelbagai siri seminar, bengkel dan kursus dianjurkan bagi member pendedahan kepada ibu bapa bagaimana menguruskan kesimbangan kerja dan kehidupan (keluarga khususnya).  Tetapi ramai yang masih kebingungan bagaiaman cara mencapai kesimbangan tersebut.  Kunci kepada kesimbangan itu ialah menguruskan masa dengan bijak.  Bahagikan masa sebaik mungkin, masa kerja, urusan rumahtangga dan keluarga serta masa untuk diri serta ibadah.  Manfaatkan masa yang ada sebaik mungkin dan jangan mengambil pendekatan menghabiskan masa berkualiti, sebaliknya memanfaatkan masa yang ada dengan penuh berkualiti.

Mari jika bertanya kepada diri kita sekarang, adakah kita sudah menguruskan semua faktor-faktor diatas dengan baik dan berkesan.  Kalau belum maka semamangnya kiti tidak berupaya mencapai 80 peratus kecemerlangan, keranan gagal mengurus 20 peratus faktor yang membawa kepada pencapaian kecemerlangan dan kebahagian dalam rumahtangga.


Penilaian bacaan
 5
18.18%
 4
27.27%
 3
9.09%
 2
27.27%
 1
18.18%

Maklumat Pengarang