Tips Beriadah Bersama Anak Kecil
1 kongsi | 1335 lihat
Foto kredit: https://www.freepik.com
"Seronokkah pergi bercuti dengan membawa anak kecil. Tak meragamkah dia nanti?" kata jiran kami yang prihatin apabila kami mengajukan hasrat untuk pergi bercuti ke Langkawi baru-baru ini.
Apatah lagi anakku, si Zaim ini mempunyai masalah kesihatan berkaitan pernafasan dan tidak dibenarkan oleh doktor untuk berada di tempat tumpuan yang ramai orang.
Sememangnya anak-anak kecil mempunyai ragam yang pelbagai. Bahkan, ia boleh merencatkan suasana percutian yang telah kita rancang. Namun demikian, dengan merakamkan detik-detik kenangan semasa bercuti akan mengeratkan lagi hubungan kita dengan anak-anak di samping mereka akan terdedah dengan suasana persekitaran yang berbeza.
Berikut merupakan beberapa tips persiapan yang ibu bapa boleh praktikkan sebelum membawa anak anak kecil pergi bercuti:
PAKAIAN - Pastikan pakaian anak-anak cukup mengikut keperluan. Berapa hari anda ingin bercuti? Sehari berapa kali pakaian mahu ditukar? Lebih elok jika anda sediakan baju tambahan sebagai persediaan jika anak-anakmuntah dalam perjalanan.
FIRST AID KIT - Ubat-ubat anak jangan dilupa. Bawa sekali alat pemeriksa suhu badan untuk memudahkan kita memantau suhu anak jika demam. Kesihatan mereka ada pasang surutnya, boleh demam secara tiba-tiba dan sebagainya.
SEDIAKAN BEG KECIL - Beg kecil ini saya selalu amalkan bagi menempatkan barang keperluan utama seperti dua kepinglampin pakai buang, dua helai baju, kain tuala kecil, tisu basah, sebotol susu yang siap dibancuh dan plastik supaya tidak perlu membuka beg besar yang berada di bonet kenderaan untuk sebarang keperluan semasa dalam perjalanan.

SEDIAKAN BEKAL UNTUK ANAK- Anak-anak kecil akan cepat meragam jika lapar. Oleh itu, bawalah biskut, bubur, puri dan air mineral secukupnya untuk mereka. Untu k anak-anak yang berusia dua tahun ke atas, kita bekalkan buah buahan dan snek berkhasiat. Apab ila perut kenyang,mereka pasti tidak akan meragam lagi.
BEKALAN SUSU - Sediakan beka lan susu yang secukupnya kerana bimbang jika ternpat kita lawati itu tiada jenama susu yang selalu diminum oleh anak kita. Sediakan juga sebiji termos air panas sederhana besar, manalah tahu perlu membancuh susu pula.
DOKUMEN PENTING - Pastikan segala dokumen penting ada sepert i kad pengenalan, kad kesihatan dan buku rawatan anak dibawa bersama.
STROLLER - Boleh juga bawa stroller untuk menyenangkan anda semasa berjalan. Jadi tidaklah penat sangat kita hendak mendukung anak kecil nanti.

Artikel yang berkaitan
Maklumat Pengarang
Zaharin Bakri, Pegawai Penerangan Unit Komunikasi Korporat, LPPKNzaharin@lppkn.gov.my