• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Keibubapaan Digital > Keluarga Mendepani Cabaran Era Hyperconnectivity

Keluarga Mendepani Cabaran Era Hyperconnectivity

 6 kongsi |  3043 lihat

Foto kredit: https://www.freepik.com
 
Keluarga merupakan institusi asas yang penting kepada pembentukan masyarakat dan negara. Institusi kekeluargaan yang kukuh dan utuh akan mempengaruhi kestabilan masyarakat dan negara. Pengukuhan institusi keluarga adalah satu faktor penting dalam mencapai kebahagiaan. Bagi membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni, interaksi antara ahli keluarga perlu diutamakan. Di samping itu, suami dan isteri perlu memperuntukkan masa yang berkualiti bersama anak bagi mengeratkan hubungan, seterusnya mereka harus peka kepada cabaran semasa dan memperbanyakkan pengetahuan berhubung kemahiran keibubapaan (parenting skills).

Pada masa kini, pasangan suami isteri perlu bekerja akibat tuntutan kewangan dalam membangunkan sesebuah keluarga. Suami dan isteri perlu bersama-sama keluar mencari pekerjaan bagi menampung perbelanjaan harian yang semakin hari semakin meningkat kosnya. Istilah lain yang sesuai bagi pernyataan ini adalah dwi-kerja dalam sesebuah keluarga. Selain itu, terma-terma baru yang sering kita dengar ialah Keluarga Komuter atau turut dikenali sebagai ‘keluarga hujung minggu’. Keluarga ini merupakan pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan dan mengekalkan dua kediaman dalam lokasi geografi berbeza dan kebiasaannya disebabkan oleh tuntutan kerjaya. Manakala Keluarga Sandwich merupakan satu istilah yang digunakan bagi pasangan yang perlu menanggung anak sendiri di samping terpaksa menjaga ibu bapa mereka, iaitu tiga generasi duduk dalam satu rumah (Mohd Suhaimi, Fauziah, Norulhuda, Khadijah & Nasrudin, 2012). Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Keempat dan Banci Penduduk Perumahan Malaysia (2010) juga mendapati selain Kuala Lumpur, masalah Keluarga Sandwich ini turut serius di Selangor, Perak dan Terengganu.

Namun begitu, dengan teknologi terkini pada masa sekarang, golongan ini mengambil kesempatan menggunakan media sosial untuk mengeratkan perhubungan antara ahli keluarga yang tinggal berasingan. Pelbagai bentuk media sosial yang terdapat pada masa kini seperti Facebook (FB), Friendster, MySpace, Multiply, Twitter, WhatsApp, WeChat, Viber, Tango dan sebagainya.

Melalui satu seminar yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2011) iaitu Child Online Protection, ia telah mendedahkan tentang penggunaan Internet di Malaysia. Hasil kajian telah mendapati seramai 11.7 juta rakyat Malaysia memiliki Facebook, 24.7 peratus rakyat mengakses Internet dan sebanyak 28 peratus penduduk Malaysia menghabiskan masa selama 4 jam seminggu. Tambahan lagi, penggunaan internet di Malaysia adalah ke-25 terbesar di dunia dan ke-5 tertinggi di Asia Pasifik (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 2008).
 
Jadual 1.1 : Tujuan Isirumah Melayari Internet
 
Tujuan / Tahun 2005 2006 2008
Mendapat Maklumat 40.5 84.5 94.4
Berkomunikasi Melalui Teks 99.6 80.7 84.7
Hiburan 47.1 52.7 63.5
Pendidikan 46.8 45.9 64.5
Aktiviti Kewangan  14.6 23.6 31.8
Perkhidmatan Awam 12.7 12 29.2
Transaksi e-Kerajaan - - 19.8
Pembelian Atas Talian - - 5.9
Lain-lain 1.3 0.2 0.7
 
Sumber : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (2008)

Jadual 1.1 menunjukkan peningkatan peratusan isirumah menggunakan internet berdasarkan tahun 2005, 2006 dan 2008. Sebanyak 94.4% isirumah menggunakan Internet bagi kategori mendapatkan maklumat pada tahun 2008 berbanding tahun 2006 (84.5%) dan 2005 (40.5%). Manakala bagi kategori hiburan terdapat peningkatan dari tahun 2005 (47.1%), 2006 (52.7%) dan  2008  (63.5%).
 
Peningkatan  ini  juga  dapat  dilihat  dalam  kategori  perkhidmatan  awam sebanyak 29.2% (2008), 12.0% (2006) dan 12.7% (2005). Kategori seperti transaksi e-kerajaan dan pembelian online mula diperkenalkan pada tahun 2008 dengan memperolehi 5.9% isirumah yang menggunakan Internet untuk tujuan berkenaan.

 

Rajah 1.1 menunjukkan masa yang telah digunakan oleh penduduk Malaysia dalam seminggu untuk melayari Internet. Sebanyak 28% penduduk Malaysia telah menggunakan internet iaitu selama  4  jam  dalam  tempoh  seminggu.  Ini  diikuti  dengan  penggunaan  4-6  jam  seminggu sebanyak 23.2%, 8-15 jam seminggu sebanyak 19.3%, melebihi 28 jam seminggu sebanyak 16%, 15-22 jam seminggu sebanyak 8.4% dan 22-28 jam seminggu sebanyak 5.2%. Walaupun peratusan penduduk Malaysia menggunakan Internet dalam tempoh seminggu adalah di bawah 30%, dijangkakan akan wujud peningkatan dari tahun ke tahun dengan kewujudan media sosial yang lebih menarik minat penggunaan Internet.

Jadual 1.2 : Remaja Terlibat Dengan Bahan Lucah
 
Jenis Penerbitan Lelaki (%) Perempuan (%) Jumlah (%)
Majalah bercetak 12.1 3.8 8.0
Gambar bercetak 24.9 12.2 18.6
Video (Cakera Padat) 17.6 2.4 10.1
Majalah Atas Talian 7.5 3.1 6.5
Gambar Atas Talian 30.4 42.7 34.4
Video Atas Talian 9.7 30.0 12.1

Sumber : Malaysia Population and Family Survey (MPFS) 4,LPPKN (2004)

Jadual 1.2 menunjukkan peratusan remaja yang terlibat dengan bahan lucah. Hasil kajian LPPKN (2004) menunjukkan peratusan tertinggi sebanyak 24.9% remaja lelaki telah terjebak dengan bahan lucah melalui medium gambar, berbanding dengan remaja perempuan iaitu sebanyak 12.2% terlibat dalam bahan gambar lucah. Secara keseluruhan dari Jadual 1.2, sumber melalui gambar atas talian lebih digemari oleh remaja perempuan iaitu sebanyak 42.7% berbanding remaja lelaki sebanyak 30.4%. Hasil kajian menunjukkan remaja pada masa kini lebih gemar melayari Internet untuk mendapatkan bahan lucah tidak kira sama ada dalam kalangan remaja lelaki ataupun perempuan.
 


Penilaian bacaan
 5
0.00%
 4
0.00%
 3
100.00%
 2
0.00%
 1
0.00%

Maklumat Pengarang