• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Pengurusan Kewangan > Bijak Urus Wang

Bijak Urus Wang

 0 kongsi |  290 lihat

Foto kredit: https://www.businesstimes.com.sg

Artikel bertajuk “Kelemahan Kewangan di Kalangan Masyarakat” tulisan Sunthara Segar ini saya jumpa ketika terbaca sebuah majalah berkaitan mengurus kewangan. Pada mulanya saya cuma ingin membaca sepintas lalu sahaja, tetapi tertarik kerana di dalamnya ada tertulis sebuah artikel lagi yang ditulis oleh penulis lain berkaitan “Melayu Masih Lemah Sistem Kewangan”. Oleh itu, di sini saya ingin kongsikan beberapa komen yang diberikan penulis tersebut berkaitan isu ini.

Apabila timbul skim cepat kaya dan pelaburan menerusi internet, orang Melayu yang paling ramai berhimpun mendengar cerita dan sanggup menghabiskan wang untuk menyertainya. Sedangkan orang Melayu tidak pernah mempersoalkan di mana wang itu dilaburkan dan siapa yang menguruskan dana tersebut. Betapa singkatnya minda bangsa kita untuk mendapatkan wang dengan cara mudah hanya dengan menaja beberapa orang kononnya akan mendapat pulangan yang lumayan.

Dari pengalaman penulis selama 12 tahun dalam bidang perancangan kewangan dan juga melalui pergaulan dengan rakan sejawat CFP (Certified Financial Planner) dari negara-negara lain, penyakit manusia ini ternyata tidak mengira bangsa, negara atau kaum. Dari segi sejarah, skim cepat kaya dan pelaburan telah wujud semenjak manusia mencipta mata wang dan mengenali emas perak. Internet cuma memberikan satu medium untuk penipu-penipu memasarkan helah mereka di samping memudahksan urus niaga. Itu sahaja bezanya. Namun satu sikap manusia tidak akan berubah untuk seribu tahun lagi. Sikap ini ialah inginkan keuntungan cepat tanpa usaha yang sepadan.

Skema pelaburan internet ada yang “bonafide” (jujur) dan boleh membawa keuntungan tetapi malangnya lebih jujur sesuatu sistem kadang-kadang kurang pula pulangannya. Publisisti pun kurang berbisa dibandingkan dengan pelaburan palsu. Masalahnya ialah bukan pada produk pelaburan tetapi ialah kurangnya pendidikan kewangan di kalangan bakal pelabur itu sendiri. Seorang itu layak melabur bukannya berasaskan kepada kemampuannya untuk menyediakan modal tetapi pada pengetahuannya untuk bertanyakan soalan-soalan yang bernas.

Sikap tertutup bangsa Melayu seperti ‘katak bawah tempurung’ masih tebal dalam soal membicarakan pengurusan kewangan khususnya melalui penasihat kewangan yang bertauliah. Malah keadaan ini juga mungkin disebabkan sikap negatif diri mereka sendiri (paling ramai) dan kemungkinan sikap ejen dan penasihat kewangan yang tidak profesional dan beretika.

Akhir sekali, sedikit nasihat dan panduan agar para pelabur membuat penilaian terhadap kewangan masing-masing sebelum membuat sesuatu pelaburan agar kelak tidak terjadi hal seperti bukan hasil yang dituai tetapi bebanan hutang pula yang terpaksa ditanggung.


Penilaian bacaan
 5
0%
 4
0%
 3
0%
 2
0%
 1
0%

Maklumat Pengarang

Noorhidayah Abdul Karim

https://noorhidayahabdulkarim.wordpress.com