• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Pengurusan Kewangan > Bijak Berbelanja, Keluarga Bahagia

Bijak Berbelanja, Keluarga Bahagia

 11 kongsi |  3460 lihat

Foto kredit: https://www.freepik.com
 
Sumber diperolehi daripada : Utusan Online 11/02/2008

Wanita merupakan perancang utama dalam ekonomi rumah tangga. Mereka boleh diibaratkan sebagai Menteri Kewangan dalam sesebuah keluarga. Setiap keperluan dan perbelanjaan di dalam rumah menjadi keutamaan kepada mereka. Fenomena kenaikan harga barang hari ini pasti memeningkan golongan wanita terutamanya suri rumah.

Justeru, sebagai seorang perancang ekonomi keluarga, golongan suri rumah ini perlu lebih berhati-hati dalam berbelanja. Ini diakui oleh Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman. Beliau menasihatkan wanita-wanita terutamanya suri rumah supaya berjimat cermat dan berpada-pada dalam berbelanja. Sebagai seorang suri rumah, mereka seharusnya bijak dalam mengawal perbelanjaan seharian lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga barang keperluan sekarang.
 
Berhutang

Berbelanjalah mengikut kemampuan dan jangan suka berhutang. Jika tidak mampu, usah membebankan diri dengan berhutang.

Wanita seharusnya mempunyai senarai keutamaan yang boleh menjadikan mereka lebih berdisiplin dalam menguruskan ekonomi rumah tangga dalam keadaan sekarang, katanya. Beliau turut menasihatkan golongan wanita supaya tidak terlalu boros dan sentiasa mempunyai sikap suka menabung supaya dapat digunakan pada masa hadapan dan tidak meminjam pada orang lain.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, wanita mesti pandai mengatur sumber kewangan mereka. Jangan keterlaluan berbelanja sehingga menyebabkan suami mengambil langkah segera seperti mengambil rasuah dan sebagainya untuk menampung keperluan seharian yang meningkat. ?Sebagai seorang wanita, kecantikan itu penting tetapi mereka perlu berhati-hati dan jangan berlebihan sehingga membazir contohnya dalam soal berpakaian dan kecantikan. Utamakan keperluan yang lebih penting dahulu, ujarnya.

Dr. Maamor turut menggalakkan wanita supaya mengikuti perkembangan semasa supaya mereka tidak ketinggalan dan tahu untuk mengimbangi kenaikan harga barang dan ekonomi rumah tangga. Wanita sepatutnya menjadi sumber maklumat kepada kerajaan kerana mereka merupakan individu yang banyak mengetahui tentang sesuatu barangan di pasaran, katanya. Beliau mengambil contoh tentang isu menyorokkan barang-barang keperluan oleh pihak-pihak tertentu sebagai strategi untuk menaikkan harga. Menurut beliau, wanita yang mengetahui tentang barang keperluan yang disorok perlu segera memberitahunya kepada pihak berwajib. Ini juga merupakan salah satu sumbangan mereka kepada negara dan rakyat yang lain, jelasnya.

Sebelum seseorang wanita membeli barangan, seharusnya menyemak perkara-perkara berikut :
  • Sudahkah anda mempunyai barangan itu?
  • Adakah anda mempunyai barangan lain yang boleh menjadi pengganti?
  • Adakah anda sanggup tidak membeli barangan itu?
  • Selain itu, apa yang lebih perlu ialah lontarkan beberapa pertanyaan biasa iaitu :
  • Perlukah anda membelinya sekarang?
  • Adakah anda mampu membelinya?

Tip jimat cermat
  • Kurangkan kekerapan makan di luar, masak makanan harian.
  • Masak mengikut keperluan bilangan ahli keluarga, tidak terlalu banyak.
  • Rancang pembelian. Tentukan bila dan di mana hendak membeli, banyak mana barang-barang dan perkhidmatan yang boleh dibeli dan anggarkan kemampuan kita berbelanja.
  • Tentukan keutamaan pembelian. Utamakan barang keperluan daripada barang yang kurang perlu.
  • Sebelum membeli, pastikan dahulu barang apakah yang telah dimiliki dan apakah barang yang betul-betul diperlukan.
  • Bandingkan harga dan mutu barang yang hendak dibeli.
  • Tawar menawar jika barang tersebut boleh ditawar harganya.
  • Pemilihan cara membayar. Elakkan daripada berhutang.
  • Wang yang ada dikategorikan mengikut sampul contohnya sampul untuk makanan digunakan untuk membeli makanan sahaja.
  • Beli pakaian atau perabot yang tahan lama supaya tidak terlalu kerap membeli.


Penilaian bacaan
 5
0%
 4
0%
 3
0%
 2
0%
 1
0%

Maklumat Pengarang