Keperluan Sokongan Sosial Dalam Keluarga
38 kongsi | 10293 lihat
Foto kredit: https://www.freepik.com
Keluarga merupakan institusi yang paling kecil. Peranan yang dimainkan oleh ahli di dalam keluarga memberi impak yang sangat besar kepada kehidupan seseorang. Keluarga asas selalunya dianggotai oleh bapa, ibu dan anak-anak sahaja. Manakala keluarga luas akan dianggotai oleh ibu bapa, anak-anak, datuk dan nenek. Dewasa ini pelbagai bentuk keluarga telah dikenalpasti seperti keluarga sandwish, keluarga komuter, keluarga serak berai dan sebagainya. Dalam keluarga manapun kita berada sokongan sosial dilihat sebagai sesuatu yang sangat perlu. Sokongan sosial di dalam keluarga dilihat penting bagi memastikan kesejahteraan psikologi ahli-ahli dalam sesebuah keluarga.
Kesejahteraan psikologi bermaksud keadaan di mana individu kurang mengalami tekanan (Markides dan Krause 1985; Umberson 1989) Kesejahteraan psikologi juga dilihat dari aspek seseorang yang bijak dalam pengurusan emosi dan mempunyai minda yang sentiasa mampu rasional dalam apa jua tindakan. Kesejahteraan psikologi dapat dicapai oleh sesiapa sahaja. Dalam konteks hubungan ibu bapa dan anak-anak, kesejahteraan psikologi akan dapat dicapai oleh kedua-dua belah pihak seandainya mereka saling memberi dan menerima sokongan.
Sokongan sosial di dalam keluarga paling awal dilihat semasa dalam proses anak-anak membesar. Di tahap ini sokongan sangat diperlukan dalam semua aktiviti yang anak-anak jalankan. Ini termasuklah untuk memastikan anak-anak membesar dengan dapat mengenalpasti potensi diri anak-anak seawal usia. Anak-anak perlu dirangsang untuk mereka melahirkan kreativiti melalui aktiviti yang dijalankan. Meletakkan anak di bawah jagaan penjaga di pusat jagaan harian tidak bermakna ibu bapa tiada masa untuk merangsang kreativiti anak mereka. Ibu bapa perlu bijak dalam melahirkan suasana yang mesra dan menjadikan masa yang diperuntukan bersama anak adalah masa yang berkualiti. Aktiviti yang dijalankan samada oleh anak sahaja atau secara bersama perlulah bermanfaat dan mampu mencungkil kreativiti anak-anak dan penerapan nilai bagi ibu bapa.
Seandainya ibu bapa mahukan nilai tambah dalam aktiviti tersebut maka ibu bapa perlulah sentiasa mencari bahan yang mampu membantu mereka untuk mencapai objektif tersebut. Terlalu banyak bahan rujukan dan buku ilmiah yang boleh dirujuk oleh ibu bapa untuk merangsang kreativiti anak-anak dan bahan itu juga dapat meningkatkan kemahiran keibubapaan anak kecil.Namun pada tahap ini ramai ibu bapa yang terlepas pandang dan melihat ianya sebagai sesuatu yang kurang perlu. Bagi mereka anak-anak kecil hanya perlukan keperluan asas iaitu makanan seperti susu dan nestum serta tempat berlindung. Sokongan dari aspek lain agak kurang dititikberatkan.
Menginjak ke usia remaja di saat ini ibu bapa akan mula melihat banyak perkara telah dirujuk oleh anak remaja mereka. Kajian oleh Markides, Bolldt dan Ray (1986) mendapati keluarga merupakan sumber nasihat dan pertolongan yang dominan bagi semua generasi. Di saat ini remaja akan cuba mendapatkan banyak maklumat dari orang yang signifikan. Seandainya keluarga menjadi sumber rujukan bagi remaja maka mungkin maklumat yang diperlukan adalah berasas. Seandainya masih kabur dan tidak jelas dengan sesuatu perkara ibu bapa disarankan untuk merujuk terus kepada mereka yang berkepakaran. Kecanggihan teknologi masa kini mungkin banyak membantu ibu bapa. Namun seandainya ibu bapa tidak menyediakan suasana kekeluargaan yang tidak kondusif maka remaja pastinya akan mencari sumber lain untuk merujuk sesuatu. Ini termasuklah dengan mencari sendiri maklumat tersebut di internet ataupun mendapatkan pandangan dari rakan sebaya mereka.
Sokongan sosial dari ibu bapa dan keluarga bukan sahaja diperlukan semasa anak-anak masih kecil dan remaja malah ianya diperlukan sehingga anak-anak mencapai usia dewasa. Kajian yang telah dijalankan oleh Tengku Aizan Hamid (2001) telah mendapati terdapat perkaitan antara sokongan sosial keluarga dengan kesejahteraan psikologi keduanya. Ini dijelaskan dengan kajian Umberson (1992) sokongan sosial timbal balik yang tinggi akan meningkatkan kesejahteraan psikologi anak dewasa dan ibu bapa mereka. Ini bermakna apabila ibu bapa sentiasa memberi sokongan sosial yang tidak berbelah bahagi maka anak mereka yang di usia dewasa akan mencapai kesejahteraan psikologi yang tinggi jika dibandingkan dengan ibu bapa yang kurang memberi sokongan. Tidak dapat dinafikan anak yang berada di usia dewasa akan memerlukan sokongan dari keluarganya tentang banyak perkara. Mereka dilihat sebagai golongan yang baru hendak memulakan hidup. Mereka akan memulakan kerjaya masing-masing setelah menamatkan pengajian.
Mereka juga akan mula memikirkan untuk membina keluarga dan seterusnya membeli keperluan dalam kehidupan sekarang seperti rumah dan kereta. Segala keperluan ini memerlukan sokongan dari ibu bapa agar anak-anak dapat tunjuk ajar yang betul dari ibu bapa. Seterusnya anak dewasa juga memerlukan sokongan dari ibu bapa dalam proses menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga. Penjagaan kesihatan semasa dalam usia kehamilan dan proses melahirkan anak amat diperlukan. Kadang kala ada juga anak yang dewasa masih memerlukan sokongan ibu bapa dalam membantu menjaga anak-anak mereka. Ibu bapa sendiri kadang kala dengan rela menjaga cucu mereka oleh kerana amat prihatin kepada sokongan sosial ini. Kajian juga mendapati anak dewasa yang tinggal bersama dengan ibu bapa mereka kurang mendapat sokongan sosial dari ibu bapa mereka (Tengku Aizan, 2001)
Pendek kata keperluan sokongan sosial dalam keluarga merupakan satu yang tiada batasan. Dari usia anak-anak masih kecil sehingga dewasa mereka memerlukan sokongan dari ibu bapa. Demikian juga sebaliknya. Ibu bapa yang memberi sokongan sosial yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak sejak dari kecil hingga usia dewasa akan mencapai kesejahteraan psikologi. Anak-anak juga akan mencapai kesejahteraan psikologi yang sepatutnya seandainya ibu bapa mereka sentiasa memberi sokongan walaupun dalam urusan yang dilihat kecil. Sokongan sosial dalam keluarga akan membentuk keluarga yang lebih harmoni. Di samping itu, sokongan ini akan menjadikan anak-anak lebih teratur dalam urusan seharian. Namun tidak dinafikan ada juga anak-anak yang sudah meninjak usia dewasa akan cuba untuk tidak terlalu melibatkan ibu bapanya dalam urusan kehidupan.
Ini kerana mereka berpendapat sokongan itu hanya menyusahkan ibu bapa mereka. Padahal pengertian kepada sokongan itu perlu lebih dititikberatkan. Mungkin dengan musyawarah dalam keluarga yang dibuat secara berterusan akan mampu menjelaskan aspek ini. Selain musyawarah, aktiviti yang dilakukan secara bersama-sama seperti kenduri kesyukuran, berkelah, melancong dan sebagainya akan dapat menjelaskan aspek sokongan sosial yang diinginkan oleh kedua-dua pihak ini iaitu anak-anak dan ibu bapa.

Artikel yang berkaitan
Maklumat Pengarang
Haslinda binti Hassan (LPPKN Pahang, Pegawai Psikologi)haslindahassan@lppkn.gov.my