• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Pembangunan Remaja > Peranan Bapa Dalam Menangani Gejala Sosial Remaja

Peranan Bapa Dalam Menangani Gejala Sosial Remaja

 32 kongsi |  9883 lihat

Foto kredit: https://pixabay.com
 
Permasalahan sosial yang banyak berlaku di kalangan remaja kini sering dikaitkan dengan kerapuhan institusi keluarga. Keadaan ini dikatakan berpunca daripada kejahilan sebahagian besar ibubapa terhadap peranan dan tanggungjawab mereka kepada keluarga. Di samping itu, kesan daripada arus perubahan sosioekonomi masyarakat hari ini sedikit sebanyak menjejaskan keupyaan ibubapa membina generasi bermoral dan beretika tinggi. Remaja yang tidak bermoral dan beretika pasti mudah menerima pengaruh-pengaruh jenayah dan anti sosial.
 
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan akhlak yang mulia, bermoral dan beretika. Pembentukan keperibadian anak-anak banyak dipengaruhi oleh pendidikan yang diberikan oleh kedua ibubapa. Proses tersebut bermula sejak dari alam rahim, kemudian di rumah dan seterusnya di sekolah.

Dalam usaha mencorakkan fitrah anak yang suci itu, ibu bapa bertanggungjawab mengawal kehendak nafsu anak, membina keperibadian mereka dengan akhlak mulia dan melatih jasmani dengan permainan yang digalakkan oleh sunnah. Dengan cara ini akan lahir generasi Islam yang sihat dari sudut fizikal dan mental.

Pendidikan agama amat berkait rapat dengan pembinaan akhlak seseorang individu. Akhlak yang baik lahir daripada mereka yang menjiwai agama. Ibu bapa perlu mengasuh anak-anak mereka dengan sifat jujur, ikhlas sabar dan nilai-nilai murni yang lain sejak dari kecil.

Antara kewajiban yang sepatutnya dilaksanakan oleh bapa adalah:
  • Bapa mestilah menjadi contoh teladan yang baik kepada isteri dan anak-anak seperti lemah lembut, saling menghormati, berakhlak dan sebagainya
  • Mereka hendaklah menyediakan kemudahan asas yang perlu kepada isteri dan anak-anak seperti pakaian, pelajaran, tempat tinggal dan sebagainya
  • Bapa perlu menekankan asas pendidikan agama yang kuat supaya ahli keluarga patuh dan taat kepada ajaran agama
  • Bapa hendaklah bersikap demokratik dan autokratik mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

Anak-anak juga sepatutnya tidak dihadapkan dengan masalah hubungan yang tidak baik antara ibubapa kerana ia boleh mengganggu emosi anak-anak. Ibubapa juga perlu meluangkan masa dengan anak-anak mereka terutamanya anak-anak peringkat remaja.  Ibubapa perlu tahu dan faham bahawa pada usia remajalah anak-anak mereka sedang membentuk personality masing-masing.

Apabila semua kewajiban dilaksanakan, kecenderungan anak-anak untuk melakukan jenayah pasti berkurangan. Seseorang anak yang berjaya dididik dengan akidah, ibadah, akhlak dan ilmu pengetahuan yang cukup akan menjadi seorang anak yang mempunyai moral serta beretika tinggi. Sebaliknya , jika anak-anak yang tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh, meninggalkan suruhan ibadat, berakhlak buruk dan tidak berpelajaran akan menjadi beban kepada ibbapa, masyarakat dan negara.
 
Bapa seharusnya tahu mengendalikan emosi mereka dalam setiap keadan dan berkongsi perasaan dengan orang yang boleh dipercayai. Sebagai seorang bapa yang menjadi ketua keluarga, mereka perlulah meningkatkan kekuatan kerohanian agar menjadi ikutan dalam keluarga. Apabila mempunyai kekuatan kerohanian yang tinggi, mereka dapat mengelakkan daripada perlakuan negative atau penderaan terhadap anak dan isteri.

Dalam proses membentuk sebuah keluarga yang harmoni, bapa haruslah melaksanakan langkah-langkah berikut :
 
Menjadi bapa yang bertakwa
  • Melaksanakan tanggungjawab kebapaan merupakan satu ibadah dan mangabaikannya merupakan satu dosa
  • Bapa juga hendaklah memastikan setiap anggota keluarga bertakwa dan mengikut segala suruhannya
 
Menjalankan peranan sebagai bapa dengan sempurna
  • Menyediakan keperluan asas keluarga sesuai dengan pendapatan
  • Saling mengambil berat dan berkongsi antara satu sama lain
  • Bapa hendaklah menjadikan dirinya sebagai contoh yang baik kepada anak-anak
 
Mengamalkan cara berkomunikasi yang baik (dengan pasangan, anak-anak, ahli keluarga dan juga rakan)
  • Sentiasa menggunakan perkataan yang sesuai dan menghormati orang lain
  • Berusaha menjadi pendengar yang baik
 
Membentuk sistem keluarga yang sihat
  • Sentiasa bersedia meluangkan masa untuk berbual bersama-sama ahli keluarga
  • Menganjur srta mengambil bahagian dalam aktiviti keluarga
 
Mewujudkan suasana rumahtangga positif
  • Bapa haruslah belajar mengendalikan sikap negative ahli keluarga dengan dirinya sendiri menjauhi sikap negatif
  • Sentiasa memupuk hubungan sebaik mungkin sesama pasangan dan anak-anak
  • Menyelesaikan sebarang salah faham d00an konflik dengan segera
 
Mengamalkan sikap terbuka dan tidak lokek dalam meluahkan kasih saying
  • Sentiasa katakan ‘saya sayang… ’, ‘saya ambil berat tentang diri…’ kepada orang yang anda sayangi
  • Berikan pelukan untuk menunjukkan kasih sayang kepada nanak-anak (sesuai dengan usia mereka)
  • Berikan kad ucapan atau nota kepada ahli keluarga sekerap mungkin

Oleh yang demikian, seorang bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak.  Seorang bapa perlulah menunjukkan contoh yang terbaik sebagai ikutan kerana anak-anak remaja memerlukan seseorang yang boleh menjadi idola atau role model bagi mereka sepanjang kehidupan. Ibu bapa perlulah memupuk kasih sayang dalam keluarga bagi mencapai keharmonian perkahwinan dan hidup berkeluarga yang bahagia. Amalan ini mewujudkan suasana kekeluargaan yang menyokong ke arah kebahagiaan.
 


Penilaian bacaan
 5
37.04%
 4
20.37%
 3
14.81%
 2
9.26%
 1
18.52%