• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas

SMARTSTART

Sebuah keluarga yang kukuh bermula dengan kasih sayang dan hubungan yang baik antara suami dan isteri. Oleh itu, pasangan perlu dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran sebelum memasuki alam perkahwinan.

Cabaran dan masalah sering dihadapi dalam sesebuah perkahwinan. Walau bagaimanapun, setiap perkara perlu diselesaikan secara baik untuk memastikan kesejahteraan keluarga di alam perkahwinan. Bertoleransi dan matang dalam menangani cabaran adalah perkara yang boleh dipelajari.

Kursus pra-perkahwinan SMARTSTART yang dijalankan selama dua hari ini telah dibangunkan untuk memberi pengetahuan, bimbingan, kemahiran dan tips perkahwinan dan kehidupan berkeluarga. Program ini dilaksanakan oleh LPPKN dengan kerjasama NGOs, badan-badan keagamaan dan individu yang berminat.