Kemesraan Bertambah, Seks Semakin Hebat
0 kongsi | 1927 lihat
Foto kredit : http://intrigue.ie
Kemesraan Bertambah, Seks Semakin Hebat
1 / 7
Tidak ada yang lebih menghancurkan sesebuah perkahwinan selain daripada hubungan sulit, kerana ia memusnahkan ikatan sehati sejiwa antara suami dan isteri. Namun apa yang amat menyedihkan kebanyakan hubungan sulit bermula akibat kurangnya kemesraan dan kurang hubungan seks.
Ramai pasangan yang terperangkap dalam hubungan cinta tiga segi ini. Mereka mesti cuba untuk menghentikan terus hubungan sulit tersebut dan mula membina perhubungan berasaskan kasih sayang bersama dan bukan sekadar keperluan bersama.

Foto kredit : https://www.recoveryranch.com
Kemesraan Adalah Payung Perkahwinan
2 / 7
Anda perlu menunjukkan kemesraan yang berterusan kerana ia akan memayungi perkahwinan dan menyediakan perlindungan terhadap pasangan anda. Malahan hampir semua interaksi antara suami dan isteri patut dilakukan dengan kemesraan dan kasih sayang.
Foto kredit : https://www.freepik.com
Wanita Lebih Memerlukan Kemesraan
3 / 7
Wanita memerlukan kemesraan sekurang-kurangnya beberapa kali sehari. Pelukan di waktu pagi sebelum bangun tidur, ciuman sebelum ke pejabat, panggilan telefon pada siang hari, kiriman kad ucapan dari semasa ke semasa, berpegangan tangan ketika menonton televisyen atau menyuakan kerusi di meja makan. Dalam keadaan sedemikian, kemesraan memainkan peranan sebagai sebahagian daripada hubungan kemesraan itu sendiri.
Foto kredit : http://besmartaboutlife.com
Mengapa Isteriku Dingin Di Ranjang?
4 / 7
Suami patut belajar bagaimana mendisiplinkan pemikiran mereka dan menukar sikap agar mereka tidak mengaitkan kemesraan dan seks secara langsung. Ramai suami masih mengingati saat-saat mengghairahkan ketika mereka sedang berada di alam percintaan dulu dan ingin mengetahui mengapa isteri mereka tidak lagi seperti dulu selepas mereka berkahwin.
Si isteri mungkin tidak lagi terangsang sekarang kerana dirinya tidak dilayan seperti dulu. Suami akan mengundang masalah jika dia melayan isterinya dengan hanya sedikit atau tiada langsung belaian dan perasaan romantik.
Dalam kebanyakan kes, untuk membolehkan seorang wanita melakukan hubungan seks dengan lelaki, dia perlu merasa dirinya bersatu jiwa dengan lelaki itu. Pasangan memperolehi penyatuan jiwa dengan saling bertukar kemesraan dan berlalunya masa.

Foto kredit : https://www.google.com.my
Seks Lawan Kemesraan
5 / 7
Suami tidak akan menghadapi masalah untuk menarik minat isteri terhadap seks jika mereka telah meletakkan asas yang kukuh dan penuh kemesraan. Selalunya si isteri dengan keberatan, masih sanggup mengadakan hubungan seks dengan suami walaupun dia tahu dia tidak akan mendapat keseronokan.
Si suami perlu memahami bahawa bagi isterinya, kemesraan mempunyai erti yang besar melebihi segala yang boleh dibayangkannya. Si isteri memperolehi kegembiraan dan nikmat yang tidak terhingga daripada kemesraan yang diterimanya. Walaupun kenikmatan ini tidak sama dengan apa yang diperolehi melalui rangsangan seks dan hubungan seks itu sendiri, ia menjadi bahagian yang amat penting dalam perhubungan, kerana tanpa itu semua dia biasanya tidak akan memperoleh kemuncak nikmat daripada hubungan seks.

Foto kredit : https://www.healthline.com
Wanita Tidak Akan Teransang Hanya Sekadar Sentuhan
6 / 7
Ramai suami beranggapan oleh kerana mereka boleh terangsang dengan hanya berfikir mengenai seks, si isteri juga boleh. Kebanyakan wanita tidak terlalu memikirkan seks dan mereka, sebaliknya akan menentukan sendiri sama ada membenarkan diri mereka menerima rangsangan seksual. Bagi wanita, mengadakan hubungan seks adalah suatu keputusan yang lebih berkait dengan mental dan bukan fizikal. Suami yang tidak menyedari perbezaan asas pada diri wanita akan menghadapi masalah jika tidak memberi tidak balas seksual terhadap mereka.
Foto kredit : https://www.freepik.com
Wanita Mahukan Lebih Kemesraan
7 / 7
Wanita mempunyai pilihan dalam soal berkaitan seks, tetapi apabila dibelai dengan kemesraan, mereka tidak akan menentangnya. Malah itulah keperluan emosi mereka yang paling mendalam. Jika isteri gagal memahami kuasa selera seks lelaki, ia akan menyebabkan suami berasa tertekan dan kecewa. Lebih buruk lagi, dia mungkin mula mencari sesorang, atau berlakunya hubungan sulit.
Ini semua tidak sepatutnya berlaku. Jika lelaki belajar untuk lebih mesra maka isteri akan bertindak balas dengan menunjukkan lebih kesediaan mengadakan hubungan seks. Ini menepati apa yang diungkapkan oleh “Harley’s First Law” yang mengatakan “Apabila ia berkaitan dengan seks dan kemesraan, lelaki dan wanita tidak akan dapat dipisahkan”