Melihat Perkahwinan Dari Aspek Nilai
4 kongsi | 2804 lihat
Foto kredit : https://pixabay.com
Melihat Perkahwinan Dari Aspek Nilai
1 / 9
Terdapat beberapa nilai murni yang boleh mengukuhkan ikatan perkahwinan dan menambahkan kegembiraan hidup berumah tangga dan mengurangkan kesedihan. Jika kita mengandaikan perkahwinan adalah seperti tumbuhan, maka nilai itu adalah baja yang menyuburkannya.
Lapan(8) aspek dalam nilai perkahwinan ialah kesatuan, kesetiaan, kepimpinan, pertimbangan, cinta yang tidak berbelah bagi dan saling memaafkan.
Lapan(8) aspek dalam nilai perkahwinan ialah kesatuan, kesetiaan, kepimpinan, pertimbangan, cinta yang tidak berbelah bagi dan saling memaafkan.
Foto kredit : https://www.pexels.com
Kesatuan
2 / 9
Apabila wanita dan lelaki berkahwin, mereka menjadi satu pasukan, seperti dalam sesuatu permainan. Pasangan itu akan mengambil masa untuk memahami antara satu sama lain. Mereka harus sentiasa berkomunikasi, berbincang, merancang dan membuat keputusan bersama. Memenuhi setiap keperluan tanpa mengguris hati antara mereka akan mengukuhkan perasaan kesatuan ini.
Foto kredit : https://www.google.com.my
Kesetiaan
3 / 9
Ketidaksetiaan memusnahkan kepercayaan. Tanpa rasa saling mempercayai, hubungan perkahwinan tidak mampu berkembang. Kepercayaan dapat mengukuhkan perhubungan dan menceriakan kehidupan. Bayangkan anda tidak mempercayai pasangan anda melakukan tanggungjawab di dapur, menjaga anak, menguruskan kewangan, pergi bekerja, menjaga rumah dan pelbagai lagi, sudah pasti hidup anda akan dipenuhi dengan kebimbangan.
Perkahwinan tidak dapat menjamin bahawa kecurangan tidak akan berlaku. Kesetiaan menjamin keutuhan perkahwinan dan selamat daripada ancaman luaran. Jika seseorang itu sering berasa curiga terhadap pasangannya, dia akan menyukarkan kehidupan berumah tangga.
Perkahwinan tidak dapat menjamin bahawa kecurangan tidak akan berlaku. Kesetiaan menjamin keutuhan perkahwinan dan selamat daripada ancaman luaran. Jika seseorang itu sering berasa curiga terhadap pasangannya, dia akan menyukarkan kehidupan berumah tangga.
Foto kredit : http://www.islamituindah.com.my
Kepimpinan
4 / 9
Suami sebagai ketua rumahtangga tidak wajar mengamalkan sikap suka memerintah tetapi perlu membimbing isteri dan keluarganya dengan penuh kasih sayang. Suami wajar sentiasa berunding dan menghormati pandangan isterinya sebelum membuat keputusan. Dia harus sedar isterinya mungkin lebih berpengetahuan dalam sesetangah perkara. Keluarganya pasti akan menghormati dan mematuhi setiap keputusan yang dibuatnya bagi kebaikan bersama.
Foto kredit : http://keluargabahagia.my
Pertimbangan
5 / 9
Lelaki perlu menerima hakikat bahawa wanita berbeza daripada mereka. Wanita memiliki pemikiran, pandangan dan emosi yang berbeza. Ramai lelaki berpendapat emosi wanita seringkali sukar difahami, bukan hanya ketika mereka ‘datang bulan’. Namun wanita mempunyai kekuatan tersendiri, malah adakalanya lebih teguh daripada lelaki misalnya dari aspek tanggungjawab, kesetiaan terhadap pasangan dan anak-anak serta sifat mahu melindungi keluarganya. Perbezaan antara wanita dan lelaki mesti difahami bagi mewujudkan keharmonian dalam perhubungan berumahtangga.
Foto kredit : http://keluargabahagia.my
Cinta Yang Tidak Berbelah Bagi
6 / 9
Cinta yang setia datang dari hati yang tulus ikhlas. Ia jujur menerima seseorang itu seadanya walaupun serba kekurangan dan tidak mengharapkan balasan. Bersikap jujur dengan pasangan anda dan menyemarakkan perasaan kasih sayang bersama pasangan.
Foto kredit : Facebook Dr. Mohd Ghazali Abdul Ghaib
Saling Menghormati
7 / 9
Perhubungan dibina melalui sikap saling menghormati sesama pasangan. Sebagai contoh, apabila anda dapati pasangan tidak menghormati anda, maka anda akan berasa tercabar. Menghormati pasangan anda termasuklah kedua-dua ibu bapa dan saudara maranya.
Foto kredit : https://www.google.com.my
Komitmen
8 / 9
Kita hidup dalam era yang pantas berubah. Manusia mahukan kebebasan bergerak, bertukar kerja hinggalah mengubah prinsip yang menjadi pegangan. Namun perkahwinan adalah ikatan yang berkekalan. Komitmen bermaksud anda berusaha memastikan rumah tangga anda kekal. Anda sanggup menghadapi segala rintangan dalam mewujudkan hubungan yang erat. Anda tidak akan mudah berputus asa apabila masalah melanda.
Foto kredit : https://www.freepik.com
Saling Memaafkan
9 / 9
Kesediaan memaafkan pasangan anda adalah perkara penting dalam perkahwinan yang bahagia. Memohon kemaafan dengan pasangan bukan bermakna anda lemah atau salah. Mengamalkan sikap saling memaafkan dengan pasangan perlu dipraktikkan untuk menjaga keharmonian rumah tangga.