Datuk Nenek Sebagai Penghubung Antara Generasi
1 kongsi | 1142 lihat
Foto kredit : Facebook Dr. Mohd Ghazali Abdul Ghaib
Jambatan Ceria Fizikal
1 / 4
Aktiviti ceria fizikal seperti bersantai, beriadah, berkelah dan lain-lain. Selain dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan mental, aktiviti ini juga menyemarakkan kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesama ahli keluarga. Aktiviti sebegini akan memberi peluang kepada kita sama ada dengan individu dari generasi yang sama ataupun lain untuk menyampai dan menerima kasih dalam silaturahim antara kita. Datuk nenek perlulah positif dan mengamalkan penuaan aktif supaya terus ceria dan dapat melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti kekeluargaan
Foto kredit : https://www.brilio.net
Jambatan Ilmu dan Intelektual
2 / 4
Aktiviti intelektual iaitu secara perkongsian ilmu dan pengalaman serta kemahiran di dalam dan di luar rumah seperti memancing, berkebun sayur, memasak, indoor games dan lain-lain. Aktiviti perkongsian ilmu dan pengalaman sesama ahli keluarga untuk menambahkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta berkongsi pengalaman masing-masing. Selain mengajar ilmu dan menjadi mentor kepada anak cucu, datuk dan nenek juga dapat mempelajari sesuatu yang baru daripada mereka
Foto kredit : https://pixabay.com
Jambatan Emosi dan Dayatindak
3 / 4
Aktiviti emosi yang dapat dikongsi dengan anak cucu dikala susah dan senang seperti berkongsi masalah, menghargai kejayaan anak cucu dan lain-lain. Kenalpasti ahli keluarga dan para sahabat yang boleh kita percayai untuk kita berkongsi pengalaman dan perasaan suka dan duka, senang dan susah kita untuk meringankan tekanan perasaan yang dialami dari semasa ke semasa, yang melibatkan diri kita, ahli keluarga kita dan orang lain yang rapat dengan diri kita. Peranan datuk nenek sangat ketara sebagai kaunselor dan jaksa pendamai dalam keluarga
Foto kredit : https://www.pexels.com
Jambatan Psikik dan Spiritual
4 / 4
Aktiviti psikik dan spiritual / kerohanian seperti mendoakan kejayaan anak cucu, bersembahyang bersama dan lain-lain. Jambatan ini mengutamakan tenaga keberkatan dan kerahmatan Ilahi, yang bersifat kejiwaan (psikik) dan kerohanian (spiritual) yang benar mengikut naluri psikik dan spiritual yang ada pada diri kita. Sebagaimana yang kita faham manusia yang benar, yang jujur dan ikhlas terutamanya mereka yang tua umur dan berpengalaman dalam keluarga kita ini ialah wali kepada anak cucu, doa dan restu ibu bapa dan datuk nenek untuk keselamatan, kesejahteraan serta kejayaan anak cucu mereka lebih afdal. Datuk nenek berperanan sebagai pewaris tradisi keagaamaan, pemantau bagi sesuatu yang tidak kena adabnya (watchdog) dan merupakan pemandu spiritual (spiritual guide) kepada anak cucu