• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Perancang Keluarga > Apa Wanita Perlu Tahu - Subur Atau Tidak Subur

Apa Wanita Perlu Tahu - Subur Atau Tidak Subur

 0 kongsi |  2467 lihat

Foto kredit: https://www.freepik.com
 
Kesuburan ialah keupayaan hamil secara semula jadi. Sebagai ukuran, kadar kesuburan ialah bilangan anak yang lahir bagi setiap individu, rumah tangga atau kependudukan. Kesuburan berbeza dengan kefekunan, iaitu potensi untuk membiak (yang dipengaruhi oleh penghasilan gamet, penyuburan dan kemampuan hamil cukup tempoh).

Terdapat beberapa jenis gangguan ovulasi yang menjadi 35% punca kepada kes masalah ketidaksuburan di kalangan wanita iaitu:

Anovulasi : adalah suatu keadaan di mana tiada proses ovulasi berlaku dalam diri seseorang wanita. Ovulasi adalah proses telur dibebaskan dari ovari. Bagi wanita yang normal, mereka akan mengalami ovulasi setiap kitar haid, kecuali bagi wanita hamil. Proses ovulasi ini mesti berlaku untuk mencapai kehamilan

Oligovulasi : adalah suatu proses ovulasi yang tidak teratur iaitu kadang-kadang berlaku, kadang-kadang tidak.

Kitar anovulasi : adalah sesuatu kitar haid yang mana tidak berlaku proses ovulasi pada kitar tersebut.

(Dr. H. lnayatullah, Pakar Perbidanandan Sakit Puan Hospital Bogor, Indonesia, 2015)

Pada kebiasaannya, wanita yang mengalami anovulasi akan mengalami kitar haid tidak teratur. Boleh jadi juga seseorang itu tidak akan langsung didatangi haid. Jika kitar haid anda kurang daripada 21 hari ataupun lebih dari 36 hari, ini berkemungkinanberpunca dari masalah gangguan ovulasi atau tiada proses ovulasi pada kitar tersebut dengan kata lain tidak subur.

Begitu juga jika kitar haid anda termasuk dalam tempoh normal iaitu dalam lingkungan 21 hingga 36 hari, tetapi jarak kitar haid anda sangat berbeza dari bulan ke bulan, ia mungkin juga petanda kepada masalah gangguan ovulasi. Contohnya pada bulan ini, kitar haid anda adalah 22 hari, tetapi pada bulan berikutnyaadalah 35 hari. Walaupun 22 hari dan 35 hari termasuk dalam 'normal range', akan tetapi, oleh keranajaraknya sangat berbeza, ia juga boleh jadi sebagai satu petanda masalah gangguan ovulasi. Terdapat juga kemungkinan bahawa anda juga mengalami masalah gangguan ovulasi walaupun kitar haid anda normal. Tetapi keadaan ini jarang  berlaku.
 
Menurut kajian yang dijalankan oleh Barrett & Marshall, peluang kehamilan adalah hanya 24% bagi setiap kitar haid yang normal. Walaupun proses ovulasi berlaku seperti biasa, seseorang itu tidak dijamin akan hamil. Jika seseorang wanita itu mengalami proses ovulasi yang ti dak tetap iaitu Oligovulasi, peluang kehamilan akan semakin berkurangan kerana proses ovulasi jarang berlaku. Namun, apabila seseorang itu mengalami masalah anovulasi, mereka ini langsung tidak berpeluang untuk hamil kerana tiada telur untuk disenyawakan.

Kitar haid yang tidak teratur juga menunjukkan bahawa terdapat ketidakstabilan hormon dalam badan seseorang. Masalah hormon yangtidak stabil ini juga boleh membawa kepada masalah-masalah lain. Antaranya ialah:
  • kualiti mukus serviks yang rendah
  • penurunan aras progestron dan fasa luteal yang singkat
  • ketidakseimbangan hormon,hormon terlalu sedikit atau terlalu banyak
  • otak tidak mempunyai cukup signal meransanag tumbesaran folikel untuk meneruskan ovulasi

Selain itu, ujian-ujian lain yang boleh dijalankan untuk mencari punca anovulasi, antaranya adalah hormon perangsang folikel (Follicle Stimulating Hormone), hormon lutenizing (Lutenizing Hormone), testoster on, thyroid function test, prola ktin dan juga ultra bunyi. Sebenarnya, anovulasi boleh diatasi dengan cara mencari penyebabnya dan rawatan yang berkaitan bolehlah diberikan seperti sekiranya wanita tersebut mengalami masalah hormon tiroid yang tinggi, rawatan ubatan atau pembedahan perlu dijalankan mengikut kesesuaian.
 
Faktor - faktor yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon ini termasuklah menyusu badan, terlalu gemuk atau terlalu kurus, terlalu banyak senaman, anorexia atau bulimia,tekanan, Sindrom Ovarian Polisistik atau PCOS (sebab utama  80%), masalah tiroid, masalah kelenjar pituitari, masalah  berlebihan hormon prolaktin dan beberapa faktor lain.   
 
Anovulasi hanya boleh didiagnosis melalui ujian darah iaitu ujian hormon progesteron pada mid luteal cycle atau pada hari ke-21 kitaran haid seseorang wanita. Sekiranya paras hormon adalah rendah, ia menunjukkan seseorang wanita itu mengalami masalah anovulasi.

Seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah anovulasi dan yang ingin mendapatkan zuriat, perlulah berjumpa atau dirujuk kepada Pakar Perbidanan dan Sakit Puan untuk rawatan yang sewajarnya. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) juga ada menyediakan perkhidmatan rawatan kesuburan bagi pasangan yang telah berkahwin untuk mendapatkan cahaya mata. Untuk keterangan lanjut dan temujanji, boleh menghubungi Klinik Subfertiliti LPPKN di talian 03-26937555 sambungan  3610 / 3612 / 3613.


Penilaian bacaan
 5
100.00%
 4
0.00%
 3
0.00%
 2
0.00%
 1
0.00%