• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Perancang Keluarga > Fertiliti & Konsepsi - Senario Memilih Jantina

Fertiliti & Konsepsi - Senario Memilih Jantina

 0 kongsi |  1025 lihat

Foto kredit: https://www.freepik.com

Kecenderungan memilih jantina bayi oleh pasangan berlaku sejak dahulu lagi atas beberapa faktor termasuklah faktor sosial, budaya, ekonomi, kepercayaan, agama dan kesihatan. Kajian yang dijalankan oleh Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa­ Bangsa Bersatu (UNPF) telah menggariskan tiga faktor utama amalan pemilihan jantina anak dan ketidakseimbangan jantina bagi sesuatu masyarakat.

Bagi kebanyakan budaya, anak lelaki mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dalam masyarakat. Mereka menjadi tulang belakang di dalam penjanaan ekonomi keluarga dan keutamaan hak dalam mewarisi harta berbanding wanita.
 
Bagi masyarakat Cina, anak lelaki menunjukkan kekuatan sesuatu keturunan kerana mereka akan mewarisi nama keluarga. Bagi masyarakat India pula, budaya 'dowry' atau mas kahwin menyebabkan mereka lebih mengharapkan setiap kelahiran adalah anak lelaki. Dapatan kajian lain menunjukkan secara biologinya nisbah bilangan anak lelaki dan perempuan adalah memihak kepada anak lelaki dengan riisbah 100:95. Malah, ia boleh merosot menjadi 100:80 seperti di negara India, China, Bangladesh, Korea Selatan dan Pakistan.
 
Rangsangan dari perkembangan teknologi rawatan kesuburan. Penggunaan teknik bantuan konsepsi seperti permanian beradas (IUI), persenyawaan in-vitro (IVF) dan suntikan sperma intrasitoplasma (ICSI) serta pengenalan teknologi saringan genetik pra-implantasi (PGS/PGD) memperoleh peluang sehingga 98% ketepatan dalam penentuan jantina.

Di sesetengah negara ia menjadi suatu 'perniagaan' yang menguntungkan. Namun,  bagi penganut  agama  Islam  ia ada lah haram bagi tujuan sosial atau faktor peribadi. Waiau bagaimanapun, ia boleh diharuskan bagi tujuan kesihatan dan perubatan seperti diketahui sesetengah jantina keluarga yang berpotensi tinggi mewarisi penyakit-penyakit genetik seperti haemophilia, duchenne muscular dystrophy, sindrom 'fragile gen X' dan  lain-lain

Amalan memilih jantina perempuan sangat  digalakkan kepada keluarga yang diketahui mempunyai masalah kesuburan dan saiz keluarga yang kecil seperti di kebanyakan negara maju.

INFO
Majlis Perubatan Malaysia turut menggariskan di dalam Panduan Tatacara bahawa Pengamal Perubatan berkaitan Kesihatan Reproduktif tidak dibenarkan membuat pemilihan jantina kecuali atas sebab perubatan sahaja

 
 


Penilaian bacaan
 5
0%
 4
0%
 3
0%
 2
0%
 1
0%