• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Keibubapaan Kreatif > Ajar Anak Hargai Ibu Bapa

Ajar Anak Hargai Ibu Bapa

 13 kongsi |  7607 lihat

Foto kredit: Facebook Dr. Mohd Ghazali Abdul Ghaib
 
Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap orang. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Sejak kita dalam kandungan Iasi, ibu telah mengendong kita di dalam perutnya selama 9 bulan 10 hari dan ibulah juga yang bersabung nyawa untuk melahirkan kita. Tidak dilupakan juga peranan bapa yang menjadi ketua dan menjaga keluarga kita dengan sebaik-baiknya. 

Kita boleh menunjukkan sayang kepada ibu bapa kita dengan cara menghormati dan mentaati mereka. Ibu bapa kita telah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kita dan mendidik kita sejak kecil dengan sebaik-baiknya. Setelah dewasa, kita menjadi insan yang berakhlak tinggi hasil daripada didikan mereka. Secara tidak langsung, kita bertanggungjawab untuk mengamalkan nilai-nilai murni yang telah kita peroleh. Contohnya, kita bercakap dengan nada yang rendah apabila berkomunikasi dengan orang tua terutamanya ibu bapa dan menundukkan badan apabila lalu di hadapan mereka.

Tips mendidik anak-anak

Jadilah role model yang terbaik - ibu bapa haruslah menunjukkan contoh yang bole diteladani oleh anak-anak. Jika ibu bapa sendiri tidak menunjukkan rasa hormat pada orang yang lebih tua, masakan anak-anak boleh terdidik ke arah itu? Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Ibu bapa perlu meluangkan masa secukupnya dengan anak-anak – Curahkan kasih sayang, kesannya anak-anak akan menyayangi serta menghormati ibu bapa. Sebaliknya, jika ibu bapa mengabaikan anak-anak, tidak mustahil satu hari nanti anda juga akan diabaikan.

Hargai minat anak – Didik anak mengikut minat mereka dan berilah sokongan yang padu kepada anak-anak. Jangan paksa mereka memilih cita-cita mengikut kehendak kita.

Bacakan buku kepada anak – Selain dapat memupuk minat membaca dalam diri anak-anak, aktiviti ini juga menambahkan ilmu pengetahuan anak-anak dan ‘bonding moment’ antara ibu dan anak.

Gunakan ucapan terima kasih dan kata-kata penghargaan – Dengan ucapan ini, anak-anak lebih rasa dihargai dan berkeyakinan. Apabila anak-anak membesar, mereka juga akan sentiasa menghargai ibu bapa dan persekitaran.

Beri anak peluang untuk mengutarakan pendapat atau sebarang persoalan – Rangsang anak dengan komunikasi positif Bersama keluarga.

Sediakan makanan yang sihat Pemakanan yang sihat melahirkan minda yang cergas dan cerdas. Air tangan ibu yang memasak untuk anak-anak dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Beriadah bersama – Sentiasa beriadah dan beraktiviti bersama anak-anak seperti berjoging atau bersukan bersama-sama.

Ibu bapa boleh membawa anak-anak berkunjung ke rumah sanak-saudara yang pangkatnya lebih tua serta menerima tetamu dengan ceria – Mendidik anak-anak supaya mengamalkan sikap hormat-menghormati dan menghargai manusia.

Kesimpulannya, sebagai seorang anak kita janganlah sesekali menderhaka atau melupai jasa kedua-dua ibu bapap kita kerana syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Kasih sayang yang telah dicurahkan serta segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa kita tidak harus lenyap begitu sahaja di hati dan minda kita. Segala jasa yang mereka curahkan tidak mampu kita balas walau dengan harta yang berjuta sekalipun


Penilaian bacaan
 5
57.89%
 4
21.05%
 3
5.26%
 2
10.53%
 1
5.26%

Maklumat Pengarang