Saranan bagi Mangsa Rogol dan Gangguan Seksual
2 kongsi | 2182 lihat
Kebanyakan kes rogol tidak dilaporkan kerana mangsa terlalu terkesan dan malu untuk memberitahu ataupun telah di ugut untuk tidak membuat laporan. Kes rogol yang berlaku perlu dilaporkan dengan kadar segera agar hukuman yang sepatutnya boleh diambil ke atas perogol. Berdasarkan undang-undang Malaysia, jika disabitkan kesalahan, perogol akan dihukum mandatori minima selama 5 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun penjara termasuk sebatan.
Mangsa tidak sepatutnya menghadapi trauma ini seorang diri dan perlu mendapatkan bantuan dengan segera. Mangsa boleh mendapatkan bantuan di Pusat Krisis Bersepadu (One Stop Crisis Center - OSCC) di hospital kerajaan yang berdekatan.
Sekiranya anda atau orang terdekat merupakan mangsa rogol, jangan mandi atau membersihkan diri sebelum datang ke OSCC. Mungkin masih ada kesan air mani atau cairan badan, debu-debu, rambut atau apa saja yang boleh digunakan sebagai bahan bukti terhadap perogol.
Layari www.ambiltahubagitahu.com.my untuk maklumat lanjut.
#AmbilTahuBagiTahu