• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas

Parenting@Work

Program Keluarga@Kerja ini bertujuan untuk memupuk kemahiran dan bimbingan keibubapaan kepada pekerja supaya mereka dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan dalam mengutamakan keluarga seiring dengan pembangunan kerjaya. Melalui program ini, peluang untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran kekeluargaan dapat diakses di tempat kerja dengan lebih mudah.

Objektif Modul
  • Untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibubapa mengenai kepentingan dalam mengimbangi peranan serta tanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya
  • Memberi kemahiran serta panduan caragaya keibubapaan untuk menghadapi cabaran keluarga di setiap kitaran hidup keluarga (family life cycle)
Para peserta program Parenting@Work diberi peluang untuk mempelajari kemahiran dan teknik mengimbangi keluarga dan kerjaya, pengurusan masa serta menimba ilmu keibubapaan dan kemahiran untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik.

Program ini dikendalikan oleh pakar dalam bidang perkahwinan, kekeluargaan dan keibubapaan yang merangkumi topik-topik seperti:

» Kenali Fitrah
» Satu Badan Banyak Topi
» Keibubapaan Kreatif
» Kebapaan dan Keibuan
» Pengurusan Stress