• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Perancang Keluarga > Stress Buat Lelaki Jadi Kurang Subur?

Stress Buat Lelaki Jadi Kurang Subur?

 0 kongsi |  1303 lihat

Foto kredit: https://www.freepik.com
 
Masalah kesuburan kini semakin meningkat dari semasa ke semasa di seluruh dunia. Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO 2010), ketidaksuburan boleh berpunca; 40% daripada faktor Ielaki atau / dan 40% daripada faktor wanita dan 20% adalah daripada faktor yang tidak diketahui (idiopati).

Pelbagai faktor telah dikaitkan dalam mengenal pasti punca dan sebab kepada masalah ketidaksuburan. Salah satu faktor yang dikaitkan adalah stress atau tekanan. Mahu atau tidak, stress akan sentiasa berada di sekeliling kita. Stress dikategorikan kepada dua iaitu stress yang baik (Eustres) dan stress yang buruk (Distress). Eustres boleh bertindak sebagai perangsang atau motivator ke arah pencapaian yang lebih baik manakala distres pula boleh bertindak sebagai penindas dan membawa kepada kerosakan. Kesan distres secara berpanjangan dikatakan boleh merosakkan kualiti sperma dan akhirnya menurunkan tahap kesuburan lelaki.

Terdapat kajian di mana melibatkan seramai 628 responden lelaki berumur di antara 25 - 45 tahun. Responden ini dipilih secara rawak daripada kalangan pesakit yang menerima rawatan kesuburan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Semua responden ini diberikan borang soal selidik bagi menentukan tahap stress yang dihadapi. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat peratusan yang tinggi terhadap ketidaknormalan morfologi (rupa bentuk) sperma (p<0.05) apabila seseorang mengalami stress yang berpanjangan. Ini menunjukkan, stress boleh memberi kesan kepada perubahan morfologi sperma dan menurunkan tahap kesuburan lelaki.

Antara kaedah yang boleh mengurangkan risiko masalah kesuburan ini ialah kita perlu melalui gaya hidup yang sihat. Jadikan gaya hidup sihat sebagai amalan seperti bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Luangkanlah masa 1-2 jam sehari untuk beriadah bersama keluarga atau rakanrakan. Pastikan juga anda mendapat tidur dan rehat yang cukup. Sekiranya kita merasakan terdapat tanda-tanda ke arah distres, segeralah berjumpa dengan kaunselor. Dan, janganlah berlengah untuk mendapatkan rawatan kesuburan jika masalah kesuburan menimpa. Kini, banyak rawatan kesuburan yang ditawarkan seperti yang terdapat di LPPKN.

Kesimpulannya, faktor stress telah dibuktikan boleh menurunkan kualiti sperma dan mengurangkan tahap kesuburan lelaki. Elakkan kesan stress berpanjangan melalui amalan gaya hidup sihat agar kita sentiasa sihat dan kekal cergas. Dapatkan khidmat kaunseling apabila merasakan diri menghadapi distres dan segera dapatkan rawatan kesuburan sekiranya menghadapi masalah kesuburan


Penilaian bacaan
 5
0%
 4
0%
 3
0%
 2
0%
 1
0%

Maklumat Pengarang