• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas

Toleh Kanan Toleh Kiri

 4 kongsi |  1298 lihat

Foto kredit: https://www.freepik.com

Didoakan agar semua pembaca ruangan ini berada dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera. Episod sebelum ini saya telah kongsikan tips-tips bagaimana untuk mengimbangi tanggungjawabantara keluarga dan kerjaya yang saya perolehi melalui modul Keluarga@Kerja di 'Universiti LPPKN.' Kali ini, saya ingin kongsikan pembelajaran dan ilmu yang diperolehi dalam semester seterusnya di Universiti ini. Mesti ramai pembaca tertanya-tanya, kenapa lah saya gunakan istilah 'Universiti' dan 'Semester', lagakseorang pelajar sahaja . Kalau anda terlepas episod yang pertama kenalah cari majalah MamaPapa keluaran sebelum ini, jawapannya ada di situ.

"Toleh Kiri Toleh Kanan" tajuk kali ini. Perbuatan yang kita akan lakukan sebelum melintas jalan raya. Kenapa pula dengan penulis ni? Melalut sampai perkara sebegini. Cuba tanya pada diri kita, kenapa apabila kita ingin menyeberang jalan raya, secara automatik sel-sel otak berhubung lalu memberi isyarat kepada anggota kepala kita untuk menoleh kiri dan ke kanan terlebih dahulu untuk memastikan keadaan selamat sebelum kita menyeberang? Kenapa agaknya ya? lni kerana kita telah dididik sejak kecil untuk melakukan perkara tersebut dan telah menjadi kebiasaan dalam tingkah laku seharian.

Apa yang ingin saya kaitkan adalah aspek keselamatan dalam keluarga memerlukan didikan serta dijadikan amalan seharian. lanya perlu dididik dengan penuh kesabaran tanpa rasa putus asa. Saya ingin kongsikan tips-tips mudah untuk diamalkan dalam keselamatan keluarga. Tips ini saya olahkan melalui modul Belaian Kasih dan SEKATA LPPKN.

KONGSI DATA
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-4 (KPKM-4)  yang dilaksanakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 2004 - Mendapati masalah Disiplin seperti Ponteng sekolah Dan tidak patuh Kepada guru adalah Dua kali ganda lebih Tinggi (60.0%) di Kalangan pelajar yang diabaikan oleh ibu bapa berbanding  pelajar yang sentiasa mendapat perhatian daripada ibu bapa.

1. Jangan berhenti berdoa
Seteguh manapun benteng yang kita bina untuk melindungi ahli keluarga kita kalau hendak roboh, ia akan tetap roboh. Justeru itu, doa kepada Tuhan adalah yang terbaik. Bagi yang beragama Islam saya ingin kongsikan doa berikut:-
"Bismi  lahi  lazi  La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil  Ardi  Wala  Fisamaie,  wa huwas  Sami'ul 'Alim".
Maksudnya: Dengan nama Allah, yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
 
2. Simpan peralatan berbahaya dan penting di tempat khas
Perkara ini sangat penting, benda-benda kecil dan berbahaya boleh mencederakan serta memberi risiko besar kepada keselamatan anak-anak. Tidak kurangnya juga dengan kunci rumah, kanak-kanak yang semakin membesar mudah mempelajari dengan apa yang dilihatnya. Simpan benda-benda penting di tempat khas seperti kotak dan diletakkan di tempat yang tidak mudah dicapai oleh anak-anak kecil
 
3.  Zon selamat untuk meneroka
Kanak-kanak suka bermain, apabila mereka aktif bermakna mereka cerdas. Sebagai ibu bapa, menjadi tanggungjawab utama untuk memastikan anak-anak tidak terdedah kepada perkara yang boleh mendatangkan kecederaan. Sediakan ruangyang selamat untuk mereka bermain dan pastikan ada orang dewasa yang memantau tingkah laku mereka. Apabila mereka dalam keadaan diam, bermakna  ada 'eksperimen' yang mereka  sedang lakukan. Maka, cepat­ cepat kita buat spot-check. Menconteng satu kebiasaan untuk anak-anak menterjemahkan kreativiti mereka. Sediakan alat tulis yang selamat daripada bahan-bahan yang mengandungi bahan kimia. Didik mereka untuk menconteng di kawasan yang disediakan sebagai contoh bilik mereka. Kalau tidak, pasti kesemua dinding rumah kita ada 'corak tambahan'.
 
4. Jersi pasukan keluarga
Pakaian yang cerah dan sedondon boleh dijadikan amalan dalam sesebuah keluarga sebagai pakaian rasmi apabila membawa ahli keluargaberiadah atau membeli- belah. Pakaian ini memudahkan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak di kawasan orang ramai. Anak-anakakan mudah dilihat jika memakai pakaian yangterang dan cerah namun, paling penting pastikan jarak antara mereka dengan kita di dalam jangkauan pemerhatian. Pegang tangan dan saling berkomunikasi dengan pasangan untuk pastikan setiap anak-anak kita berada dalam pemantauan. Jangan pula nanti keluar dialog "Eh! Bukan tadi baby dengan awak ke?"
 
5. Muafakat membawa berkat
Kenalkan anak-anak kita kepada jiran tetangga melalui amalan ziarah-menziarahi. Tradisi ini semakin terhakis. Saya masih ingat perkara yang berlaku 30 tahun yang lepas sewaktu saya masih kecil, berlaku kemalangan semasa bermain di hadapan kawasan jiran tetangga. Masa itu, jiran tetanggalah yang membantu dan terus berlari ke rumah ibu saya untuk memberitahu apa yangberlaku. Bayangkan jika jiran tetangga sendiri tidak mengenali ahli keluarga kita, ianya membawa kesulitan jika berlaku perkara yang tidak diingini.
 
Banyak lagi tips-tips yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak dan ahli keluarga dalam aspek keselamatan. lanya boleh kita perolehi melalui pembacaan, pengalaman orang lain serta menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak tertentu.


Penilaian bacaan
 5
0.00%
 4
0.00%
 3
0.00%
 2
0.00%
 1
100.00%