• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Keibubapaan Kreatif > 10 Saat Pelukan Keluarga

10 Saat Pelukan Keluarga

 0 kongsi |  107 lihat

Foto kredit: https://www.freepik.com
 
Satu .. kasih nan abadi tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga rela berpayahan setianya ayah"

Gelaran bonda, ibu, emak, umi, mama, mami dan ama manakala ayah, bapak, papa, apa dan apai amat sinonim dengan rakyat Malaysia untuk insan istimewa yang bergelar ibu dan bapa. Golongan ini merupakan 'tunjang kekuatan' bagi setiap keluarga. Perhatian, kasih-sayang, pengorbanan yang dicurahkan untuk keluarga, tiada tolok bandingnya. Selamat Hari Ibu dan Hari Bapa yang disambut pada bulan Mei & Jun lalu. Biarpun sambutannya sudah lepas, namun, saya berharap hari meraikan mereka ini tidak hanya disambut pada hari tertentu sahaja. Di sini, saya ingin cadangkan bentuk hadiah yang terbaik untuk kedua-dua insan yang sangat istimewa ini.

"10 Saat Pelukan Keluarga" adalah hadiah terbaik yang boleh diberikan oleh seorang anak kepada ibu bapa mereka. Hadiah ini lebih balk daripada wang ringgit dan emas berlian. Perbuatan yang mudah, namun tidak semua boleh melakukannya.

Jujur saya katakan, pada mereka yang tidak biasa, pasti akan muncul 1001 perasaan seperti malu, takut, gementar dan lain-lain. Pelukan merupakan satu kaedah yang paling berkesan untuk menzahirkan kasih sayang dan menunjukkan kemesraan kepada setiap ahli keluarga.
 
Tahukah anda, apabila seseorang itu melakukan pelukan, ianya akan merangsang sel-sel kulit yang dikesan melalui sentuhan dan belaian yang akan disalurkan melalui urat saraf kepada otak. Seterusnya, otak akan mengeluarkan tiga hormon yang bertindak sebagai natural transmitter yang menyebabkan kita rasa lebih riang dan kurang stress. Tiga hormon yang dirembeskan apabila melakukan pelukan adalah:-

HORMON SEROTIN
Harmon yang terdapat dalam urat saraf tunjang dan usus berfungsi merangsang keriangan dan kegembiraan

HORMON DOPAMINE
Juga dipanggil sebagai flasher hormone yang memberi rasa tenang, seronok, gembira pada individu. Pelukan dilihat sebagai tindakan untuk merangsang pengeluaran hormone dopamine

HORMON OXYTOCIN
Hormon yang lebih dominan juga dikenali sebagai love hormone yang menenangkan sistem saraf dan merangsang atau meningkatkan emosi positif dalam minda kita

Kongsi Data :-
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-4 (KPKM-4) yang 2004 yang
 dipadankan kepada Data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 menganggarkan lebih 538,000 warga emas mengalami sindrom empty nest.  Secara definisi adalah satu keadaan di mans ibu/ bapa tinggal berseorangan atau dengan pasangan sahaja kerana anak-anak telah meningkat dewasa dan mula meninggalkan rumah untuk berdikari, sama ada belajar, bekerja atau berkahwin.


Menurut pakar Fisioterapi, Virginia Satir, "Kita perlukan 4 pelukan sehari untuk hidup, 8 pelukan sehari untuk kesihatan dan 12 pelukan sehari untuk pertumbuhan awet muda dan kebahagiaan hidup."

Wah! Mudahnya untuk kekalkan awet muda dengan hanya amalkan pelukan bersama ahli keluarga sahaja, tetapi ada caranya. Saya ingin kongsikan pada pembaca semua iaitu lima langkah mudah yang saya perolehi daripada buku kecil "10 Saat Pelukan Keluarga" keluaran LPPKN seperti berikut:-

1. MASA
Luangkan masa yang sesuai untuk bersama­sama ahli keluarga. Contohnya seperti sebelum ke pejabat, ketika di rumah setelah pulang dari pejabat, selepas makan malam, sewaktu menonton televisyen atau sebelum tidur
2. BISIKAN
lni bukan bisikan iklan yang selalu keluar semasa bulan Ramadan to ye. Peluklah anak, ayah, ibu atau ahli keluarga sambil bisikkan ungkapan kasih sayang seperti "saya sayang emak" atau "saya sayang ayah.
 
3. DOA
Di telinga sebelah kanan beri salam dan doa, ini sangat balk diamalkan kepada anak-anak. Doalah dengan doa yang mudah difahami pendengar seperti "Ya Allah! Engkau jadikanlah keluarga kami ini sebuah keluarga yang bahagia di dunia dan di akhirat."
 
4.  PESANAN
Di telinga sebelah kiri ucapkan kata­-kata menggambarkan pesanan seperti "Adik, jaga keselamatan adik", "Emak dan ayah sentiasa yakin adik akan jadi anak yang soleh dan solehah", "Emak kena jaga kesihatan", "Kami bersyukur dan berbangga dapat ibu dan ayah seperti mak dan ayah."
 
5. BALAS UCAPAN
Balaslah setiap ucapan atau  panggllan ibu dan ayah dengan lembut dan tenang sebagai tanda taat kepada mereka

Hadiah ini tidak memerlukan kos yang besar melainkan kalau kita tinggal berjauhan. Akan tetapi, apa salahnya kalau kita luangkan sedikit masa untuk bertemu dengan insan yang teristimewa ini. Kita perlu bersyukur kerana masih berpeluang memeluk mereka.

Pada yang telah tiada ibu dan bapa, sekeping doa dan menjaga keperibadian diri adalah hadiah yang paling berharga. Setiap amalan akan dicontohi dan diwarisi oleh anak-anak apabila mereka dewasa. Kepada Puan Maimon Binti Mat Said dan Encik Nazrudin Hj Abdul Manap. Terima kasih emak... terima kasih ayah... Aku bersyukur dan berbangga menjadi anakmu.. Saya sayang emak dan ayah dunia akhirat. Akhir kata, Utamakan Keluarga, "KASIH Keluarga Bahagia."


Penilaian bacaan
 5
0%
 4
0%
 3
0%
 2
0%
 1
0%