• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Keibubapaan Kreatif > Aduh! Sakit Kepalaku - Membimbing Anak Bertanggungjawab

Aduh! Sakit Kepalaku - Membimbing Anak Bertanggungjawab

 0 kongsi |  1272 lihat

Foto kredit: https://www.freepik.com

"Sejahtera ke atas kamu dan dirahmati olehNya." Didoakan agar semua pembaca ruangan ini berada dalam keadaan yang balk dan sihat sejahtera. Dua bulan lepas, semasa saya dalam perjalanan untuk menghadiri sebuah program anjuran LPPKN di negeri Melaka, saya berhenti sekejap di sebuah RnR untuk berehat. Tiba-tiba terdengar rungutan daripada seorang lelaki yang duduk berhadapan dengan meja saya. "Aduh! Sakit Kepalaku". 

Kenapa pula saudara ni? Rupa-rupanya beliau sedang melayan kerenah dua anak keen dalam lingkungan usia 4 hingga 5 tahun. Sambil menghabiskan minuman, saya memerhati tingkah laku mereka. Kesabaran suami isteri itu diuji dek kenakalan serta kecerdasan anak-anak mereka.
 
Kehidupan ibu bapa berubah setelah kelahiran cahaya mata. Awal-awal lagi mereka perlu membuat keputusan, susu ibu atau susu botol, buaian angkut atau kereta sorong, pengasuh atau taska, bekerja atau berada di rumah dan senarainya berterusan. Semakin anak-anak membesar, keputusan tidak terhenti. Banyak perkara perlu diputuskan. Walaupun penyelesaian kepada setiap dilema penting, gaya dan sikap keseluruhan ibu bapa perlu diambil kira kerana ini mempengaruhi, mengajar dan mensosialisasikan anak-anak. Keibubapaan merupakan cabaran yang paling getir bagi orang dewasa yang mennpunyai anak-anak. Aduh! Sakit Kepalaku...

("Didiklah anakmu mengikut zamannya kerana zamannya adalah berbeza sama sekali dengan zamanmu" - Sayidina Umar Al-Khattab r.a")

Kongsi Data :
Hasil pra-uji
 Kallan Pek dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) I_PPPSN telah rnengenal pasti beberapa kaedah koqnunikasi utama yang digunakan oleh remaja untuk berhubung dengan ibu bapa mereka. Ddapali rnajoriti remaja iartu 76% berhubung dengan Ibu bapa mereka melalui perbualan. ini diikuti oleh mereke yang menggunakan sistem (' pesanan ringkas atau SMS, komunikasi melalui media sosial seperti facebook. twitter dan inSlagram, sidang seperti skype dart yahoo messenger serta emel.


Setiap anak yang dilahirkan di dunia ini merupakan anugerah tuhan yang sempurna dan suci bersih. Anak ibarat kain putih dan ibu bapalah bertanggungjawab mencorak kehidupan anaknya. Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan sempurna dan mempuhyai potensi yang besar untuk menjadi insan yang cemerlang. Potensi anak terpendam begitu sahaja kerana kegagalan ibu bapa mengenal pasti kehebatan anak­-anak serta merangsang mereka.

Dalam Unit Empat (4): Kebapaan dan Keibuan Modul Keluarga@Kerja LPPKN memberi panduan kepada peserta mengenai gaya keibubapaan iaitu:-

Jenis -  A Autoritarian  
(Tinggi kawalan, Rendah kasih sayang) iaitu cara gaya keibubapaan yang memberi tumpuan kepada aspek kawalan. Kebanyakan ibu bapa dalam kumpulan ini lebih banyak mengawal tingkah laku anak mereka dan kurang menunjukkan kasih sayang. lbu bapa yang mengawal percaya keperluan terbesar anak-anak ialah disiplin dan kawalan. Anak-anak besar kemungkinan  menghormati dan mematuhi ibu bapa mereka namun akan kehilangan rasa kemesraan, keterbukaan dan keintiman antara ibu bapa dan anak-anak.

Jenis - B Permisif
(Rendah kawalan, Tinggi kasih sayang) iaitu cara gaya keibubapaan yang memberi tumpuan kepada aspek kasih sayang kepada anak-anak sehingga  dimanjakan berlebihan tanpa kawalan. Anak-anak yang akan membesar mungkin menjadi manja dan menunjukkan pola tingkah laku antisosial.lbu bapa permisif berfikir anak-anak hanya perlukan kasih sayang dan hanya mengenakan sedikit batasan. lbu bapa permisif tidak mendidik anak­ anak mereka menghadapi dunia sebenar dan besar kemungkinan apabila mereka memasuki dunia sebenar, mereka mengalami kejutan.

Jenis - C Pengabaian
(Rendah kawalan, Rendah kasih sayang) iaitu cara gaya keibubapaan yang biasanya dikatakan sebagai tiada penjagaan dan tidak mencukupi untuk  memenuhi keperluan anak-anak. Anak-anak berasa tidak dihargai dan ditinggalkan menyusuri hidup sendiri. Biasanya, ibu bapa ini percaya anak-anak mesti patuh walau apa cara sekalipun kerana ini adalah wajar.

Jenis - D Autoritatif
(Tinggi kawalan, Tinggi kasih sayang) iaitu cara gaya keibubapaanyang berasaskan konsep demokratik seperti kesamarataandan amanah. lbu bapa yang seimbang memberi penuh perhatian terhadap keperluan anak-anak dan meletakkan batasan yang jelas terhadap tingkah laku anak-anak. lbu bapa sedemikian membuat keputusan berdasarkan keperluan bukan keinginan (nafsu) anak-anak. lbu bapa yang seimbang menunjukkanjangkaan (ekpektasi), bukan tuntutan untuk mendapatkan kerjasama dan dihormati anak-anak.    

Di antara keempat-empat cara gaya keibubapaan ini yang mana satu rasanya ada dalam diri kita? Autoritarian, Autoritatif, Pengabaian atau Permisif? Kebanyakan ibu bapa lebih cenderung kepada satu gaya keibubapaan.Jadi, buatlah keputusan secara sedar dan berusaha ke arah keseimbangan daripada bertungkus lumus meyakinkan pasangan anda bahawa satu pendekatan lebih baik. Jika anda dan pasangan anda bersetuju, berusaha memberi kasih sayang dan wujudkan batasan bagi anak-anak anda, jurang pemisah anda akan beransur hilang dan anak-anak anda akan terus berkembang subur.
 
Hakikatnya, sebagai ibu bapa matlamat anda ialah membesarkan anak-anak menjadi gembira, sihat dan berjaya. Bagi mencapai matlamat ini, anda perlu menjadi ibu bapa yang sebaik-baiknya. lnsyaAll ah saya yakin anda semua pasti boleh! Akhir kata Utamakan Keluarga "KASIH Keluarga Bahagia".


Penilaian bacaan
 5
0%
 4
0%
 3
0%
 2
0%
 1
0%