• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Keibubapaan Kreatif > Panduan Pemakanan Bayi

Panduan Pemakanan Bayi

 0 kongsi |  3258 lihat

Foto kredit: https://pixabay.com
 
Nutrisi atau pemakanan untuk kanak-kanak adalah berdasarkan prinsip yang sama seperti nutrisi untuk orang dewasa. lni bermakna setiap orang (tidak kira kecil atau dewasa) memerlukan nutrien yang sama- seperti vitamin, mineral, karbohidrat, protein dan lemak. Waiau bagaimanapun, bayi dan kanak-kanak memerlukan amaun yang berbeza untuk sesetengah vitamin dan mineral, mengikut peringkat usia mereka. Bersama Dr Wan Hi/ya Munira Mustapha, Pegawai Perubatan dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk mengetahui panduan pemakanan bayi dan anak kecil.
 
DR WAN HILYA MUNIRA  MUSTAPHA
Pegawai Perubatan
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN

Pemakanan bayi adalah penting bagi memastikan zat makanan yang lengkap diberikan pada bayi untuk perkembangan mental dan fizikal yang optimum. Selaras dengan rekomendasi World Health Organization (WHO), makanan terbaik bagi bayi pada usia 6 bulan ke bawah adalah penyusuan susu ibu secara eksklusif.
 
Makanan pejal tidak disarankan pada usia 6 bulan ke bawah disebabkan  beberapa  faktor berikut:
  • Bayi belum dapat mengunyah dengan  berkesan.
  • Usus bayi masih belum matang dan berisiko mendapat usus tersumbat.
  • Risiko kepada alahan makanan dan jangkitan  kuman.
  • Buah pinggang bayi belum matang.
 
Namun, selepas 6 bulan, susu badan sahaja tidak akan memberikan bayi nutrien yang secukupnya, terutamanya zat besi disebabkan perkembangan bayi yang semakin meningkat. Oleh itu, sumber makanan lain adalah diperlukan. Bayi mula diberikan makanan pejal secara beransur -ans ur dari usia 6 bulan. Proses ini dipanggil 'weaning' ataupun bercerai susu. Penyusuan badan masih boleh diteruskan bersama­ sama pengenalan kepada makanan pejal.

Beberapa tanda yang menunjukkan bayi anda sudah bersedia mengambil makanar;i pejal adalah apabila bayi boleh:
  • Mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi tersebut.
  • Duduk dengan baik apabila  dipegang. 
  • Melakukan pergerakan mengunyah dan pandai menelan dengan baik serta air liurnya kurang  meleleh.
  • Berat badan bertambah. 
  • Amat berminat dengan makanan  yang anda makan.

INFO
Pemakanan awal bayi perlulah lembut, halus dan separa pepejal seperti bubur, bijirin beras, dan puri buah-buahan atau sayur-sayuran. Untuk permulaan, disarankan makanan bertekstur rata dan rasa tawar


Terdapat tips bagi membantu para ibu bersedia dalam menyediakan makanan pejal kepada bayi:
  • Gunakan sudu dengan hujungnya diperbuat daripada getah yang lembut agar tidak melukai mulut atau  gusi  bayi.
  • Mulakan dengan pemberian susu . Apabila bayi telah selesa dan pandai menelan menggunakan sudu , berikan makan an sedikit demi sedikit  dan diletakkan   pada hujung sudu
  • Jangan panik sekiranya bayi anda tidak mahu makan banyak. Berikan waktu untuk bayi menyesuaikan diri dengan setiap rasa dan tekstur baru. 
  • Berhati-hati apabila memperkenalkan makanan baru supaya dapat mengesan sebarang tanda-tanda alergi yang mungkin berlaku seperti ruam dan merah pada kulit, cirit birit, sesak nafas dan lain-lain.
  • Elakkan menambah garam dan gula kepada makanan  bayi. 
  • Elakkan memasukkan makanan pejal ke dalam botol susu.
 
Pada peringkat 6 hingga 9 bulan, bayi telah mula dan biasa dengan makanan pejal. Penyusuan susu juga mungkin berkurangan disebabkan jumlah pemakanan telah bertambah. Makanan baru seperti ayam, ikan dan sumber protein lain yang dikisar atau dilecek boleh  diberikan.
 
Bayi boleh mula diberikan makanan yang lebih berketul apabila boleh duduk dengan baik dan pandai memegang makanan. Biskut atau buah dipotong kecil boleh diberikan pada bayi. Beberapa makanan jejari yang mudah dicerna adalah seperti roti, pisang, lobak merah, ubi keledek dimasak lembut, dan bijirin beras rapuh boleh  diberikan  pada bayi anda.

Beberapa jenis m'akanan yang tidak digalakkan bagi bayi bawah  1 tahun adalah:
  • Madu kerana mengandungi bakteria yang boleh merosakkan usus bayi dan mengakibatkan penyakit 'botulisme  bayi'.
  • Gula adalah tidak berkhasiat dan boleh merosakkan pertumbuhan gigi bayi.
  • Telur terutamanya telur mentah/ separa masak adalah berisiko alergi dan jangkitan  kuman.
  • Makanan rendah lemak, rendah kalori dan serat tinggi tidak sesuai kerana bayi memerlukan makanan tinggi tenaganya.
  • Kekacang berisiko untuk bayi tercekik dan alahan alergi.
  • Garam.
 
Pada umur 1 tahun, bayi bolehlah makan bersama -sama keluarga dan makanan seperti ayam, sayur dan nasi lembut boleh diberikan. Minat bayi boleh ditingkatkan dengan membenarkannya makan sendiri menggunakan tangan atau sudu khas sesuai untuk bayi.
 
Dengan menggalakkan bayi makan mengikut waktu yang ditetapkan dan berada bersama-sama di meja makan, bayi akan lebih cenderung membentuk tabiat makan yang baik bersama keluarga dan mengelakkan mengheret makanan ke sana sini dan mengotorkan kawasan rumah anda. Jadikanlah  masa makan bayi saat yang menyeronokkan dan sihat.

AWAS!
Jangan tinggalkan bayi akan berseorangan semasa sedang makan untuk mengelakkan risiko tercekik

 


Penilaian bacaan
 5
0%
 4
0%
 3
0%
 2
0%
 1
0%

Maklumat Pengarang