• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Perancang Keluarga > Memilih Jantina Bayi [Bahagian 3]

Memilih Jantina Bayi [Bahagian 3]

 1 kongsi |  186 lihat

Foto kredit: https://www.freepik.com
 
Pada bahagian I dan II, kita telah diberi penjelasan tentang senario memilih jantina bayi dan cara penentuan jantina bayi dari sudut sains. Untuk bahagian ketiga ini, penulis menyambung penerangannya tentang kaedah lain dalam sains yang turut dikatakan menjadi faktor kepada penentuan jantina bayi.

Teknik 'masa' bersama (waktu persetubuhan)

Tujuan utama teknik ini adalah untuk mengawal masa pertemuan antara sperma dengan ovum atau sebenarnya waktu ovulasi iaitu masa paling subur bagi seorang wanita dalam kitaran haidnya. Namun begitu, kajian tidak nnenunjukkan korelasi yang tinggi terhadap kejayaannya kerana terdapat banyak percanggahan terhadap hasil kajian.

Teknik Shettles diperkenalkan oleh Landrum B. Shettles pada tahun 1960-an. Dikatakan bahawa sperma berkromosom X adalah lebih 'lasak' dan panjang hayatnya berbanding sperma berkromosom Y. Melalui teknik inir jika inginkan anak perempuan, masa 'bersama' mestilah 2 — 4 hari sebelum waktu ovulasi. Ini membuatkan sperma berkromosom X akan lebih tinggi kepekatannya di dalam serviks berbanding Y yang kebanyakannya telah lemah atau mati sebelum bertemu dengan ovum. Sebaliknya, jika waktu ‘bersama’ ketika hari ovulasi berlaku, peluang sperma Y akan menjadi lebih tinggi dan berkemungkinan akan mendapat anak lelaki.
 
Teknik diagnosis genetik pra-implantasi (PGD/PGS)

Teknik ini digunakan secara meluas semasa rawatan kesuburan. Saringan genetik pra-irnplantasi (PGS/PGD) adalah untuk menentukan kualiti embrio dan pengesanan penyakit­penyakit berkaitan kecacatan genetik sebelum dipindahkan ke dalam rahim. Pengesanan dilakukan dengan melakukan biopsi untuk mengeluarkan satu atau dua sel embrio yang telah disenyawakan melalui teknik IVF atau ICSI tanpa merosakkan embrio tersebut. Kemudiannya, DNA sel itu didiagnosis. Tujuan asal adalah untuk menentukan sebarang kecacatan genetik atau mengesan penyakit­penyakit berkaitan kebakaan terutama sekali jika bapa atau ibu adalah pembawa di dalam bakanya. Namun, is juga boleh digunakan untuk menentukan jantina bayi tersebut. Jadi, hanya embrio yang normal dan sihat serta yang telah diketahui (atau diingini)'jantina'nya akan dipindahkan ke dalam uterus si ibu.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Dari sudut pandangan Islam dan garis panduan perubatan, pemilihan jantina bayi adalah dilarang dan haram hukumnya melainkan permasalahan melibatkan kesihatan dan perubatan. Selain melibatkan persoalan tentang diskriminasi gender, beberapa isu lain perlu juga dijawab iaitu teknik PGD ini lebih digunakan dalam rawatan kesuburan berbanding pemilihan jantina secara konvensional. Sehubungan dengan itu, adalah tidak praktikal untuk si ibu yang normal menjalani `seksa' perawatan intensif kesuburan seperti pengambilan rutin hormon melalui suntikan, pembedahan mengeluarkan oosit, persenyawaan di loan rahim, kemungkinan sindrom stimulasi hiper hormon dan isu kecacatan genetik secara mutasi akibat perawatan ini semata-mata hendak menentukan jantina si anak. Melainkan pasangan bermasalah kesuburan kerana prosedur ini bukan pilihan tetapi ia adalah sebahagian daripada rawatan
 
Teknik -pengecaman jantina pranatal'

Melalui teknik ini yang agak kontroversi, jantina bayi di dalam kandungan ditentukan dengan mengambil sampel darah dari ibu dan dijalankan ujian DNA terhadap sampel darah tersebut tetapi mestilah diambil selepas 7 minggu tempoh mengandung. Kandungan akan digugurkan jika jantina tidak seperti yang dikehendaki. Selain itu, teknik imbasan ultrasound juga boleh menentukan jantina bayi sebelum pengguguran dilakukan. Teknik ini tidak diamalkan dan mestilah dijalankan di bawah pengawasan dan , protokol yang ketat.

Akhir sekali, perkembangan teknologi 'pengklonan' dan kejuruteraan genetik yang lain juga adalah antara cara lain bagi pemilihan jantina. Lebih kontroversi dan tidak menjadi kebiasaan kepada pengamal perubatan. Kesimpulannya, penulis sekadar berkongsi fakta dan teori sains berkaitan bagaimana pemilihan jantina boleh dijalankan. Ini bukan bermakna penulis bersetuju dan mempraktikan amalan tersebut. Banyak isu seperti fatwa, keseimbangan gender, manipulasi perubatan, kos dan dilema etika perlu dijawab. Sesungguhnya Allah telah menetapkan setiap suratan dari kita anak Adam dari segi kesihatan, rezeki, hidup dan ajal. Tidak kira lelaki atau perempuan, yang penting biarlah anak kita itu membesar dengan sihat serta menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara


Penilaian bacaan
 5
100.00%
 4
0.00%
 3
0.00%
 2
0.00%
 1
0.00%