• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Pemantapan Perkahwinan > Lima Teras Keluarga Bahagia

Lima Teras Keluarga Bahagia

 17 kongsi |  8903 lihat

Foto kredit: http://keluargabahagia.my
 
“Kasih pada Ibu, taat pada Bapa, hormat pada Guru, Keluarga Bahagia”. Permulaan lirik lagu Keluarga Bahagia LPPKN ini menggambarkan nilai-nilai murni yang diamalkan oleh ahli keluarga dan individu lain dalam membentuk sebuah keluarga bahagia. Apakah pula gambaran kita tentang keluarga yang bahagia? 

Setiap daripada kita mempunyai nilai-nilai sendiri untuk menggambarkan keluarga bahagia. Kebahagiaan dalam keluarga itu sangat penting dan menjadi tujuan kita semua membina institusi keluarga.
 
Kita berkahwin, kemudian mempunyai cahaya mata dan bergelar seorang “Mama dan Papa” menjadikan kehidupan seharian kita menjadi lebih bertanggungjawab dan mencabar. Sebagai manusia, kadangkala dengan kesibukan kita terlepas pandang menjaga kebahagian dalam rumah kita sendiri dan boleh menyebabkan kebahagian itu semakin terhakis.
 
Anda adalah “chef” dalam keluarga maka resepi kebahagiaan itu anda dan keluarga yang menentukannya serta menjadikan ia resepi kebahagiaan turun temurun. LPPKN telah menggariskan lima(5) Teras Keluarga Bahagia yang berlandaskan konsep KASIH

KONGSI DATA :
Kajian Penduduk dan Keluarga Malasyia kelima (KPKM-5) yang dijalankan oleh LPPKN pada tahun 2014 telah mengenal pasti lima(5) nilai utama yang diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Secara keseluruhannya, didapati hampir 60% ibu bapa (ibu: 58.9%; bapa: 59.7%) di negara ini menerapkan nilai hormat-menghormati kepada anak-anak mereka. Ini diikuti oleh nilai taat kepada suruhan agama (ibu: 45.1%; bapa: 47.6%), berilmu (ibu:40.7%; bapa: 39.5%), berdisiplin (ibu: 28.7%; bapa: 29.4%) dan kasih sayang (ibu: 21.3%; bapa: 25.9%).


Bersempena Bulan Keluarga Kebangsaan 1 Malaysia yang akan diraikan pada bulan November ini, ingin saya kongsikan lima nilai tersebut seperti berikut:-

K- KASIH SAYANG
Teras yang pertama ialah kasih sayang. Teras kasih sayang dapat diterjemahkan melalui tindakan seperti :
  • Menerima anak seadanya
  • Tidak membezakan kasih sayang antara anak-anak
  • Sentiasa mengambil berat
  • Peka dengan perubahan anak-anak
 
A- AKHLAK
Teras yang kedua ialah akhlak yang merujuk kepada sahsiah keluarga berpandukan kepada nilai agama, integriti dan disiplin keluarga. Contoh pengalamannya adalah seperti:
  • Berbuat baik sesama manusia
  • Menghormati ibu bapa
  • Rajin beribadah
  • Menjalankan suruhan agama

S -  SIHAT DAN SELAMAT
Seterusnya teras yang ketiga ialah sihat dan selamat yang merujuk kepada amalan gaya hidup sihat serta peka kepada keselamatan keluarga dan persekitarannya. Contoh :
  • Tidak mengambil bahan-bahan yang boleh merosakkan diri (dadah dan arak)

I - ILMU
Teras yang keempat ialah ilmu. Setiap ibu bapa perlu menerapkan budaya ilmu dan sentiasa meningkatkan kemahiran keibubapaab dan ilmu kesejahteraan hidup sepanjang masa. Antara contoh amalannya ialah:
  • Memperuntukkan masa untuk membaca
  • Menghadiri majlis-majlis ilmu
  • Mengamalkan budaya membaca

H - HARMONI
Teras yang terakhir iaitu kelima ialah harmoni yang merujuk kepada hubungan keluarga asas dan keluarga luas yang harmoni dengan interaksi yang sihat antara generasi dan komuniti masyarakat. Antara amalan- amalan yang menggambarkan budaya harmoni termasuklah:
  • Menjaga hati kedua ibu bapa dan datuk serta nenek
  • Sentiasa menghormati sesama jiran

Biar berbeza resepi serta acuan nilai-nilai murni yang diamalkan di dalam keluarga namun tujuannya adalah untuk melahirkan keluarga bahagia. Maka ianya perlu dihayati dan diamalkan oleh semua ahli keluarga. Peranan ibu dan bapa dalam menanam nilai murni dalam diri anak anak adalah sangat besar.
 
Ibu bapa merupakan contoh yang paling dekat dengan anak-anak. Contoh yang ditunjukkan oleh ibu bapa dalam bentuk perilaku sehari-hari akan diamati oleh anak, dan kemudian diikuti dan dihayati oleh generasi seterusnya.
 
“Ibu dan bapa serta keluarga bimbinglah kami dengan penuh KASIH sayang…”

Selamat Menyambut Bulan Keluarga Kebangsaan 1 Malaysia”.
Utamakan Keluarga “KASIH Keluarga Bahagia”.
 


Penilaian bacaan
 5
28.13%
 4
12.50%
 3
25.00%
 2
18.75%
 1
15.63%