• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Keibubapaan Datuk Nenek > Tip Untuk Menjaga Cucu Khas Untuk Datuk Dan Nenek

Tip Untuk Menjaga Cucu Khas Untuk Datuk Dan Nenek

 8 kongsi |  2410 lihat

Foto kredit: Facebook Dr. Mohd Ghazali Abdul Ghaib
  
NOTA: Rencana di bawah telah diterbitkan dalam “Passage”, majalah Malaysia untuk warga tua serta datuk dan nenek
 
Cuba bayangkan ini: Cucu anda yang berusia setahun untuk kesekian kalinya dijangkiti batuk dan demam. Anak perempuan anda telah menghabiskan cuti tahunan kepada hari yang terakhir, untuk membawa si kecil berjumpa dengan doktor. Sekarang, anak perempuan anda turun ke bilik pembantu untuk memberitahu apa yang perlu dimasak bagi makan malam dan tidak menemuinya. Anda perempuan anda terus bergegas menghubungi agen pembatu rumah dan memberitahunya pengganti pembantu rumah yang baharu hanya boleh tiba seawal dalam beberapa minggu. Anak perempuan anda sudah merencanakan mesyuarat penting bersama pelanggan pagi itu yang bakal menentukan hala tuju kerjayanya. Apakah pelan penggantinya? Jika dia seperti ibu bapa yang lain yang mempunyai anak kecil, kemungkinannya dia akan menelefon seseorang yang tidak kisah untuk menjaga anaknya: KAMU 
  
Datuk dan nenek merupakan golongan yang paling dikehendaki untuk menjaga anak-anak hari ini bagi pelbagai alasan: pembantu yang keluar tanpa meninggalkan ibu bapa yang bekerja tanpa pemberitahuan awal dengan anak kecil yang dalam kesusahan; kos yang terlalu tinggi dalam mengambil pembantu rumah; ibu bapa yang keletihan dan memerlukan masa daripada anak-anak kecil. Sekali lagi, datuk dan nenek datang menyelamatkan samada secara sukarela atau tidak. Yang menariknya, datuk dan nenek secara amnya menjadi lemah apabila tiba pada cucu-cucu mereka. Saya secara peribadinya pernah mendengar komen-komen seperti ini:
 
“Saya tidak kisah jika anak saya tidak selalu pulang ke rumah. Apa yang saya lebih kisah ialah  apabila anak-anak mereka tidak melawat saya lebih daripada seminggu!”
“Satu perasaan yang janggal yang saya rasakan apabila saya mula-mula berjumpa dengan cucu perempuan saya yang baru lahir. Jiwa saya penuh dengan kasih sayang. Saya tahu ia pelik, tetapi seolah-olah saya lebih menyayangi cucu daripada ayahnya – anak lelaki saya sendiri”
 
Letakkan sayang ke tepi, anda dan ibu bapa cucu anda datang dari generasi yang berbeza dan tidak dapat dinafikan, akan wujud cara yang berbeza dari segi pandangan dan cara kamu melakukan sesuatu. Isu seperti pemilihan makanan, waktu makan, waktu tidur, disiplin, program televisyen yang hendak ditonton dan cara mengatasi masalah kesihatan boleh menjadi perkara yang sukar. Anda mungkin mempunyai habit menonton filem Hindustan selepas waktu makan petang sementara apa yang difikirkan sesuai oleh ibu bapa cucu bagi tontonon si kecil adalah saluran Discovery atau Animal Planet.  Anda mungkin berfikir yang anak-anak dilahirkan untuk bertahan dan tidak kisah untuk berkongsi dengan cucu anda setiap sedikit sebanyak makanan yang merupakan snek kegemaran anda namun bagi ibu bapa mereka mungkin cucu anda seharusnya tidak diberikan minuman berkabonat dan manisan. Bagaimana anda mengatasi perbezaan ini?
 
Adalah menjadi satu peringatan yang baik bahawa terdapat pelbagai cara untuk ke satu destinasi yang sama, begitu juga pelbagai cara yang berbeza untuk memelihara kanak-kanak tumbuh menjadi sihat dan dapat menyesuaikan diri dengan baik. Jika anda suka mengasuh cucu anda, anda tidak mahu ibu bapanya secara tiba-tiba berhenti menghantar anak-anak mereka ke rumah anda tanpa sebarang alasan. Anda perlu sensitif terhadap tanda-tanda; jika anda terhidu yang ibu bapa cucu anda tidak begitu selesa dengan pandangan anda, apa yang mungkin perlu anda lakukan adalah menjadi lebih terbuka dan mendengar pandangan mereka. Apa sekali pun, merekalah yang memegang tanggungjawab yang lebih besar terhadap kesejahteraan cucu anda. Mengasuh merupakan satu komitmen yang besar. Jika anda fikir anda tidak mempunyai stamina untuk melakukannya, anda berhak menolak permintaan bagi menjaga cucu-cucu anda. Secara alternatifnya, minta ibu bapa tersebut menghantar cucu ke rumah anda bersama bantuan, mungkin pembantu rumah yang boleh diselia oleh anda. Ini merupakan satu aturan yang lebih baik terutamanya jika anda perlu mengasuh bagi masa yang panjang.
 
Bagi anak yang masih lagi kecil, KESELAMATAN merupakan satu keutamaan. Pastikan anda simpan semua bahan kimia, ubatan dan benda tajam ditempat yang tidak mudah dicapai. Semasa memasak, jangan tinggalkan pemegang periuk atau kuali terjulur keluar. Jangan tinggalkan benda-benda panas di atas lantai. Anda tidak tahu bila cucu anda akan menjenguk apabila anda tidak memandang ke arah lain. Barang perhiasan yang mudah pecah elok disimpan sebelum cucu anda secara tidak sengaja mencapai dan menghempasnya – potensi alasan untuk salah faham diantara and dengan ibu bapa mereka.  Bersiap sedia dengan peti pertolongan cemas dan nombor telefon kecemasan, di masa anda memerlukan pertolongan segera.
  
Jika anda mempunyai kemusykilan mengenai makanan, displin dan sebagainya, adalah jalan yang baik adalah dengan berbincang. JUJUR adalah amalan yang terbaik. Ibu bapa cucu-cucu anda perlu menghormati hak anda dan tidak boleh membuat permintaan yang tidak munasabah terhadap anda. Mengambil anak mereka lewat malam dan meninggalkan anak mereka tanpa memberitahu terlebih dahulu hanya kerana rumah anda dekat boleh merosakan pengalaman anda sebagai datuk dan nenek. Walaupun anda sayangkan cucu anda, datuk dan nenek yang keletihan bukanlah pengasuh yang baik.
 
Setiap anak berhak mendapat datuk dan nenek yang ceria. Tidak seronok mempunyai datuk dan nenek yang perengus! Jangan paksa diri anda dengan menjadikan semuanya terbaik kerana apa yang penting pada akhir hari (atau sekurang-kurangnya pada hari anda mengasuh mereka jika anda mengasuh mereka setiap hari), anda perlukan tenaga dan pemikiran yang betul untuk senyum bersama cucu-cucu anda. Cara pembawakan diri anda, samaada anda hilang sabar dengan mudah atau anda membuat mereka berasa dialu-alukan daripada sebaliknya menjadi beban contohnya, adalah salah satu daripada perkara penting yang akan dihargai oleh cucu-cucu anda.


Penilaian bacaan
 5
0%
 4
0%
 3
0%
 2
0%
 1
0%

Maklumat Pengarang