• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Keibubapaan Kreatif > Puisi Keluarga Penyejuk Jiwa

Puisi Keluarga Penyejuk Jiwa

 0 kongsi |  72 lihat

Foto kredit: https://www.freepik.com

Anak-anak ku…
Suami ku…isteri ku…
Dakap eratlah kehidupanmu
Binakan kekuatan peneguh kebahagian

Kasih sayang kita bertaut kemas
Membahagiakan setiap inci sudut ruangnya
Agar kita melayarinya dengan sejahtera
Menjadi kebanggaan buat penyejuk jiwa
 
Jauh di sudut hatiku, ku harap
Kebahagian yang kita bina akan terus kekal
Kekal sehingga ke jannah syurga bahagia
Menjadi tempat kekal abadi hendaknya

Keluarga ku,
Betapa kasih dan cintanya ku pada keluarga 
Jangan digoncang di duga dengan malapetaka
Kesannya sakit tidak terjangka
Semoga keluarga penyejuk jiwa aman sentosa

Mak dan ayah

Jika di sebut mak dan ayah
Besar sungguh sumbangannya
Besar sungguh peranannya
Besar sungguh penangannya

Sedari kecil ku di jaga di belai
Penuh manja gurau senda
Gembira hati di temani mak dan ayah

Tapi aku sedar
Mak dan ayah tidak akan berada
Selamanya di sampingku
Aku risau, aku sedih dan aku tidak rela
Mak dan ayah tiada di sisiku

Namun, perjalanan harus diteruskan
Walau mak dan ayah tiada
Ku gagahkan hati 
Ku kuatkan sanubari
Semoga mak dan ayah 
Akan kembali menemaniku lagi


Penilaian bacaan
 5
0%
 4
0%
 3
0%
 2
0%
 1
0%

Maklumat Pengarang