• Jenis Tulisan
  • increase normal decrease    
  • black red green blue    
  • green blue purple
  • en  English
Selamat Datang, AWAM    |    Daftar    |    Log Masuk     |     Panduan Pantas
Utama > Artikel > Keibubapaan Kreatif > Bersyukur Bentuk Hidup Anak-Anak

Bersyukur Bentuk Hidup Anak-Anak

 1 kongsi |  1672 lihat

Foto kredit: https://keluargabahagia.my
 
Salah satu anugerah yang boleh diberikan kepada anak-anak ialah pemahaman yang jelas mengenai cara pemikiran ‘mindset’ bersyukur. Kesyukuran memberikan keajaiban kepada semua orang termasuk kanak-kanak.

Mendiang aktor Christopher Reeve mempunyai satu kisah menarik yang boleh dikongsi bersama. Sebaik saja Christopher menjadi lumpuh selepas terjatuh dari kuda, anak lelaki beliau yang masih kecil berkata kepada ibunya, “Ayah sudah tidak boleh bergerakkan? Ayah sudah tidak boleh berjalankan? Ayah tidak boleh bercakap tapi ayah masih boleh tersenyum.”

Anak ini lahir dengan hati yang tahu bersyukur. Dia memandang dunia menerusi hati yang penuh dengan kesyukuran dan penghargaan.

Ramai kanak-kanak melahirkan rasa syukur secara semula jadi. Tetapi adakah amalan mulia ini dapat diteruskan hingga mereka menginjak dewasa?

Bolehkah anda bayangkan betapa berbezanya dunia ini jika setiap anak diajar nilai sebenar rasa bersyukur?

Hakikatnya, ibu bapa cuma perlu mengambil masa selama beberapa minit setiap hari untuk membantu kanak-kanak menulis atau berkata sekurang-kurangnya tiga perkara yang mereka syukuri. Menyemai sikap berterima kasih menerusi amalan harian boleh menukar sepenuhnya arah tujuan kehidupan seorang anak. Jadikan matlamat untuk menyemai rasa bersyukur dan berterima kasih sebagai kegiatan keluarga.

4 Cara Cetus Rasa Syukur

Dalam e-buku, The Principle: A Golden Key To Happiness, Don Ginn menyarakan agar anda mencuba idea-idea berikut untuk mencetuskan rasa syukur :

Pertama, ingatlah apa sahaja yang meransang dan memberi ilham akan melahirkan rasa bersyukur. Jadi tambahkan lebih warna, keindahan, seni dan rasa hati serta muzik yang meresap ke dalam kehidupan. Kesemuanya adalah pemangkin dinamik bagi inspirasi.

Harus diingat rasa bersyukur akan lahir dengan sendirinya apabila kita berada dalam semangat untuk memberi. Jadi ketahuilah cara-cara untuk memberi semula kepada orang lain. Kembangkan hati dengan sifat pemurah. Rajin-rajinlah hulurkan bantuan kepada kerja-kerja amal.

Jadikan amalan untuk membuat baik setiap hari. Melemparkan senyuman yang mesra atau memberikan kad ucapan ‘terima kasih’, pujian atau memberi hadiah, akan membantu penghargaan berkembang subur dalam kehidupan kita.

Hidup dengan perassan ingin tahu kerana ia akan membangkitkan sesuatu yang ajaib dalam diri anda. Dengan tertanya-tanya, anda boleh melihat dunia ini dengan pandangan yang baru. Anda akan mula merasai keajaibannya dalam setiap detik.

Melalui amalan, anda boleh berubah ke dalam keadaan ingin tahu dalam tempoh yang singkat. Keadaan minda yang terpanggil ingin tahu ini secara dramatik akan meningkatkan rasa syukur anda.


Penilaian bacaan
 5
0%
 4
0%
 3
0%
 2
0%
 1
0%

Maklumat Pengarang